HOME DOWNLOAD SERVISE CONTACT ABOUT ME SIGN IN BLOG

Sunday, August 23, 2009

tiada lg..

kami da dekat 2 bln da pindah umah baru....

tiada lg 4 2 16 dmana titik pertemuan kawan smua dalam BORTAI...

aku skrng bz sgt jarang da update blog ni...

projek pn aku xsentuh lg ba...

skrng ni on9 pn jarang ba....hehe..


tentang futsal BORtai bru no 3 bru2 ni dlm tournament kosmo MSU...

under 23....

so utk kawan2 smua sory ek...

Friday, July 3, 2009

AWAS!! Jangan kentut depan GAY !

Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut.

Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka.

"Hai...sorang ke bro", tiba-tiba wartawan itu di sapa.

"A'ah, saya tunggu kawan saya. Tak sampai-sampai lagi ni", kata wartawan itu separuh menjerit kerana kebingitan muzik di kelab itu.

Tiba-tiba wartawan itu berasa sakit perut. Rasa seperti ingin kentut sahaja.

"Muzik tengah kuat ni bolehlah aku kentut ni", bisik hati wartawan itu.

Wartawan itu pun melepaskan kentutnya. Satu demi satu. Berturut-turutan. Tiba-tiba muzik rancak itu berhenti kerana DJ nya ingin menukar ke lagu perlahan. Sementara proses pertukaran lagu itu kentut wartawan itu telah di dengari oleh gay-gay yg berhampiran dengan wartawan itu.

"Eh eh... ada dara lagi la kat sini", ujar salah seorang gay di situ sambil memandang wartawan itu.

"A'ah lah... kat depan kita ada dara", ujar yang lain pula.

Semua gay di situ telah pergi mendapatkan wartawan itu. Semua wajah mereka menunjukkan keghairahan nafsu yang ketara.

"Saya bukan dara lagi la", ujar wartawan itu.

"Kalau dah tak dara kenapa kentut. Kuat lak tu. Sempit tuu...", ujar salah seorang gay itu.

Tergamam wartawan itu. Akhirnya dirinya di noda secara bergilir-gilir oleh pengunjung kelab gay itu. Menangis teresak-esak wartawan itu. Akhirnya nikmat kentut sudah tidak akan dapat dirasai lagi sepanjang hidupnya.

Moral kepada lelaki : Jangan kentut dihadapan GAY. AWAS!!

Wednesday, June 24, 2009

sem da mula..

kami all da mula ngn clss masing2..so masing2 da bz la

Futsal pn dpt masuk suku akhir tu kira terbaik dlm pencapaian BORTAI ..
nama BOrtai kian naik insyallh ia akn lbh berjaya kelak..

aku pl msh tension fkr subjek aku sem ni..eeeeee

tp aku ikut jala jadual yg ada ni...

to all myfren all the best ..

salam

Tuesday, June 23, 2009

cete sedih....

Sumpahan Mariana.........

Kisah benar ini terjadi kepada seorang wanita cantik rupawan yang bernama Mariana (bukan nama sebenar) di mana beliau telah di sumpah menjadi seekor beruk. Tetapi apa yang telah berlaku kepada dirinya adalah badan manusia dan wajah seperti beruk.

Sebelum sumpahan itu, kehidupan Mariana adalah normal seperti gadis2 lain. Tetapi beliau telah melakukan 2 kesalahan dalam hidupnya iaitu yang pertama; beliau telah menolak jodoh pilihan ibunya iaitu berkahwin dengan Hanafi (anak Pak Imam Masjid di kampung tersebut). Hanafi pemuda baik dan juga warak (Ustaz kelas Fardhu Ain). Hanafi cintakan Mariana sejak di bangku sekolah lagi. Kesalahan kedua Mariana adalah lari dari rumah yang juga merupakan melanggar adat resam keluarga dan agama. Lama beliau menghilangkan diri rupa2nya beliau telah menyertai Pertandingan Ratu Cantik Peringkat International di New York City, ketika acara itu berlangsung beliau telah mendedahkan tubuh badan kepada seluruh dunia. Memang seksi maut.

Ibu Mariana dan adik2nya yang telah menonton rancangan itu melalui televisyen berasa amat terkejut sekali. Ibunya tidak dapat menerima hakikat dan sangat malu. Di situ juga ibunya telah mendapat serangan jantung dan meninggal dunia. Tetapi sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, dia telah berkata “aku tidak rela Mariana mendedahkan tubuhnya, lebih baik dia jadi seekor beruk daripada Menjadi Ratu cantik. Ibu harap Mariana pulang dan mengahwini Hanafi, lelaki yang betul2 mencintai dirinya†. Adik2 Mariana yang mendakap ibunya menangis teresak2 dan meminta ibunya mengucap, selepas menyebut Dua Kalimahsyahadah ibunya terus meninggal.

Dalam Pertandingan Ratu Cantik itu, Mariana telah memenangi tempat pertama. Alangkah gembira hatinya. Selepas mendapat jambangan bunga dan dimahkotakan, Prince of Bell Air pun naik ke pentas untuk memberi ciuman tahniah. Selepas itu, Prince melamar Mariana “would u marry me?†. Tanpa berfikir panjang Mariana terus bersetuju dan melonjak kegembiraan. Tetapi sebaik saja dia menjawab “Yes†tiba2 guruh yang kuat berdentum di langit. Sekelip mata sahaja wajah Mariana bertukar menjadi seperti beruk. Maka terbeliaklah biji mata Prince melihatnya dan terus pengsan di situ juga. Para peserta dari negara2 lain juga terkejut dan bertempiaran lari setelah melihat wajah Mariana. Apa lagi, wartawan2 dan kamera2 yang bertumpu ke wajahnya terus menyerbu ke arah Mariana untuk menyaksikan kejadian aneh itu. Para penonton yang lain juga amat terkejut. Ada juga yang berfikir adakah Mariana memakai topeng? Sebenarnya Mariana telah terkena sumpahan ibunya. Mariana terus lari dan bersembunyi di dalam tandas. Dia rasa hairan dan pelik. Mungkin ada sesuatu terjadi pada dirinya selepas dicium oleh Prince. Kemudian dia memandang ke arah cermin di dalam tandas tersebut. Alangkah terkejut beruknya dia bila melihat wajahnya seperti rupa beruk. Dia menangis semahu2nya.

Selepas kejadian itu, Mariana menyepikan diri. Dia pernah menghubungi adik2nya di kampung dan mendapat berita kematian ibunya pada hari Pertandingan Ratu Cantik itu. Mariana menangis dan meraung kerana menyesal. Tetapi rupa parasnya masih tak berubah, masih seperti beruk.

Adik2 Mariana telah memberitahunya bahawa arwah ibu mengharap Mariana pulang dan mengahwini Hanafi lelaki yang betul2 mencintai dirinya, kemudian barulah sumpahan itu akan berakhir. Selepas berkahwin nanti barulah wajah Mariana kembali cantik seperti asal. Hanafi sedia menerima Mariana walaupun terkena sumpahan. Dia ingin membantu Mariana merungkaikan kembali sumpahan tersebut.

Akhirnya Mariana pun akur dan mahu pulang ke kampung, tetapi malangnya beberapa hari sebelum berangkat, adik2nya telah menghubungi beliau dan menyampaikan berita buruk iaitu Hanafi telah meninggal dunia kerana telah terjatuh dalam bilik air ketika mengambil wuduk untuk solat subuh.

Sekali lagi Mariana merasakan dunianya gelap dan kesedihan yang tak terperi dalam hidupnya. Selepas pemergian Hanafi maka tiada lagi lelaki yang sudi menerima Mariana dalam keadaan dirinya seperti beruk itu.

Kini Mariana hidup bersendirian meniti hari2 berlalu. Namun begitu beliau masih menanti kehadiran jejaka yang betul2 ikhlas mencintai dirinya dan sudi mengambilnya sebagai isteri yang sah.

Di sini saya sertakan sekeping gambar Mariana. Kepada mana2 lelaki yang rasa simpati dan berkenan kepada Mariana, boleh la melamar beliau. Alamat dan nombor telefon tidak diberikan, tetapi Mariana sentiasa menunggu lelaki2 tampan di sebuah Pulau berhampiran anda. Jika anda (kaum lelaki) terjumpa Mariana ketika anda melancong ke sebuah Pulau yang sunyi, jangan lupa berikan dia sejambak bunga Ros Putih ketika melamar beliau kerana Mariana sangat sukakan bunga Ros Putih.

Wassalam.

Thursday, June 11, 2009

bosan cuti sem ni

kembali..

aku,syuk,eddy rizal n 2 org lg budak umah ada kt umh cuti tp 3 org tu budak ptpl so da start da kelas ..kmi ni cuti lg bosan jg aku ni ddk umh ja xde btpe pn..

kawan2 yg lain balik kg da..

yg pasti dgr2 kami nak pindah umah da jg ni..tngu dan lihat mcm mn la ek..hehe

ok salam

Wednesday, June 3, 2009

Apa Itu Cinta?

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"

Sunday, May 31, 2009

BorTai

ni Nama team futsal kami...

Borneo + taiping = BorTai

nila mksd team kami..haha skrng ni team kami byk team bawa lawan biasala team yg kian meningkat naik dalam industri muzik tanah air so mmg g2la kan...Semakin dikenal n semakin digerumi hahahaha..

...player team kami ni dari umah kami2 jg...smua ok je 1 kepala mmgla senang nak urus..cuma kadang2 yg membataskn kami main "DUIT" yala bila main kenala kongsi2 kan tp da xde duit so jd penonton ...

hari tu team.. no 1 anjuran FISE MSu...haha...aku rugi xdpt main bab jadual berlanggar ngn jadual kelas..ahhhhhhhh RUGINYA aku.. tp xpa yg penting Bortai tetap Win...

Thursday, May 28, 2009

"kerisku belum bersarung"


hati aku terkejut ngn bunyi loceng sekolah menandakan waktu untuk subjek biologi pukul 12.10pm tengahari...fikiran aku melayang nun jauh disana tp tidak tahu apa yg difikirkn. Aku melihat gelagat pelajar sekolah yang baru sampai turun dari bas sekolah berebut utk masuk pagar sekolah...
Sementara itu ,saya melihat gelagat kawan sekelas lebih-lebih budak kelas nama Mamat ni..memang terkenal ngn perangai gila2 dia ni kt kelas.suka kacau pelajar perempuan.Suasana kelas tingkatan 6 lotus memang bising tahula cikgu tiada maka masing2 ngn peranan dlm kelas ada je nk dbuat..

Tiba-tiba mamat menjerit sambil belari masuk kelas memberitahu Cikgu Alia Shahirah on the way nak masuk ke kelas .. Apa lagi semua macam lipas kudung utk duduk tempat masing-masing. DAri tempat duduk aku dengar juga bunyi tapak kasut guru kelas mereka tu..

"semua berdiri,selamat tengahari cikgu" kata ketua kelas 6 Lotus Shahrul diikuti dengan pelajar-pelajar yang lain.
"terima kasih semua boleh duduk" balas cikgu Alia.
Mamat da mula datang gila bila ada awek kat sebelah cikgu Alia ikut masuk dalam kelas..

aku teka budak mbe pelajar baru nak masuk kt kelas ni..aku da mula teka-teki..hehe.
"ini pelajar baru kelas kamu" cikgu alia memperkenalkn pelajar tu kepada pelajar kat kelas 6 lotus.

"saya Nur Atasya Alia binti Muhamad,asal Kota kinabalu,berpindah kat daerah ni bab bapa kena pindah keje naik pangkat sebagai Ketua Polis daerah,saya harap kita semua jadi kawan and dapat bantu saya untuk suai diri kat sekolah baru ni" pelajar baru yang putih,comel,cute,manis,rambut lebih paras bahu.

bisik hati ku boleh tahan juga awek ni..hehe...
"Nur awak duduk sebelah danish tu"cikgu alia menunjukkn tempat sebelah aku yang sememang kosong tiada orang juga jg ...

Aku terkejut jg bila cikgu bagitahu dia duduk sebelah aku..haha control macho la aku ni.
Class da mula jadi pasar bila cikgu alia keluar...skrng ni tngu masa utk pulang ja..hehe..

Dalam masa yg sama
"Saya Nur Atasya Alia pangil ja Atasya"dia perkenalkn diri ngn aku...wah
"ya da juga kamu kenalkn diri td kt depan saya thu da,saya Danish Shah ..pngl je mana2 u selesa ek..danish ke shah."aku balas kt Atasya................

Sejak pertemuan itu aku dengan Atasya jadi lebih rapat...study sama-sama..makan sama-sama...balik sekolah sama-sama... Kawan-kawan kat kelas pun da mula buat gosip antara aku ngn Atasya kata couple la,sedangkan kami memang kawan rapat je..diorang ja ni pandai2 buat gosip...Yala Atasya mbe aku akui mmg cantik banyak peminat kat sekolah memangla jadi tumpuan kan..
Atasya ni orang ceria,peramah,baik,pandai dan cantik..hehe....aku ni tipula kalau tiada perasaan suka kt dia kan.. tapi aku taknak jg rosakkn persahabatan kami kalau aku berterus terang kt dia..so aku pendam jala..
Hari semakin hari aku da mula sayang pada Atasya,tapi aku xtahu dia mcm mn adakah aku ni perasan or tepuk sebelah tangan.....

Pada suatu petang dimana latihan untuk Hoki team sekolah buat latihan untuk persediaan anjuran peringkat daerah so aku memang ada la bab striker sekolah,hehe. Atasya memberitahu dia nak tengok aku buat latihan so aku tunggu jg.Wah petang tu aku tengok Atasya memang cantik siot..hehe...pki baju t-shirt seluar jeans .... orang da cantik pki apa pun memang cantik..haha adala aku control macho kat padang.hehe..Yala orang aku suka ada tengok aku buat latihan memang bersemangatla aku..haha...happy juga petang tu yala siap sediakan air tuala untuk lap peluh aku..paling best dia tolong lapkan peluh memang petang tu kami jadi tumpuan kat padang..yala macam pasangan kekasih ni ditengok.. Nila buat aku tambah sayang Atasya dalam diam ni,aku tidak tahu adakah dia tahu perasaan aku or tidak tahu.

saat berganti minit...minit berganti jam..jam berganti hari..hari bergantu bulan...da dekat 6 bulan da kami bersama..akhirnya dua hati bersatu.aku meluah ngn dia yg aku sayangkn dia n dalam dia pn sayng ngn aku jg..so sayang sama sayang jdila cinta..hehe..bahagianya aku...

aku bawa Atasya keluar p datingla kt Explanet.....Petang tu mmg cantik suasana ngn dgr ombak laut.angin bayu so aku ngn dia duduk kt pondok.cete2 ngn kenangan perkenalan kami tntg masa depan mcm2la yg mengeratkan antara aku ngn Atasya... DAnish + Atasya = Senyum...

aku mula bercerita ngn Atasya..
"Sayang abg ada jumpa keris ,lama da abg jumpa keris ni dekat 6 bulan da,cuma abg risau keris tu belum bersarung,bahaya sgt klu keris tu xbersarung lg"aku mula menarik perhatian Atasya.
"keris????abg jumpa kt mana keris tu?,kenapa keris tu xde sarung pula masa abg jumpa?Atasya mula bingung ngn cete aku..
"abg memang jumpa keris tu tanpa sarung,Keris tu abg jumpa mmg cantik,sifat keris tu da cukup,ukuran keris tu jg menarik,sapa yg jumpa keris pasti nak"aku menambah lg kebingungan atasya..
"abg cakapla betul-betul,keris tu kt mana da skrng,syg pn nk tengok??Atasya membalas.
Keadaan petang tu memang romantik antara aku ngn Atasya.
"keris tu sebenarnya ada dengan abg sekarang cuma syg ja tak tahu.."aku mula membuka erti sebenar cete aku ..
"ada pada abg skrg?ala bgla syg tgk keris tu,abg bawa keris ni xde pa2 jg kan keris tu xde sarung bahayala abg."atasya memberitahu.
"sebenarnya keris tu adalah......................................",berat aku utk teruskan
"abg keris tu apa",Atasya mula mendesak aku.
"keris tu sebenarnya diri Atasya,selama perkenalan kita abg belum pernah lihat syg pakai tudung,kan manis klu syg bertudung"aku mula gelisah.
"sapa ko nak tegur2 aku!!!!!!!!" Atasya menampar pipi kanan aku.aku tahu dia marah ..
Sejak petang tu,aku nampak sgt perubahan Atasya terhadap aku.kami tidak lagi mcm dulu..hubungan kami nampak sgt perubahan,ke mana2 tidak lg bersama.Budak kelas kami pun perasan ngn perubahan antara kami..
"Atasya ko ngn shah ada problem ke,aku jarang da nampak korang sama2" Ros kawan kelas aku bertanya kt Atasya...
"Lantak aku la nk buat pa dia tu sapa pandai2 nk tegur orang ingt dia tu bagus sgt ka",nada marah Atasya menjawab pertanyaan nurul tu..
Semakin hari,Atasya aku rasa jauh dari hidup aku..sunyi aku tanpa dia.. Tak xpala aku redha ngn pa yg terjadi ni. Sapa aku pada dia skrng. Atasya sejak kejadian tu benci sgt ,nk lihat aku pn meluat da..mmg dia benci da ngn aku.
Aku skrng tumpukan dengan pelajaran aku da..tentang Atasya aku terpaksa makan hati jala..semua salah aku juga.. Stpm dekat sebulan lebih lg.. Aku mula rasa debaran ..

29 september 2007
Suasana kelas 6 atas lotus meraih ngn nyanyian lagu birthday,Atasya menyambut birthday kat sekolah..ramai kawan-kawan beri ucapan n hadiah kat Atasya...Kecuali Danish tiada bab da dekat seminngu dia tidak pergi skolah,tiada yg ambil tahu tentang tu.

Mamat membawa bungkusan hadiah untuk Atasya ni...
"Atasya selamat hari jadi yg ke 19 ek...ni hadiah dr orang teristimewa buat yang teristimewa"Mamat dengan nada yg sedih....
Atasya melihat hadiah tu ada nota " Buat insan tersayang Nur Atasya Alia dari Danish Shah"
Melihat ja nota tu terus Atasya membaling hadiah tu ke lantai.
"Buat apa juga lelaki ni bg hadiah dengan aku buang masa aku ja"Atasya melenting..
Mamat melihat perbuatan tu tidak dapat menahan sebak lalu memegang tangan Atasya.
"Atasya aku baru tahu tentang danish td pagi dari family dia"mamat menangis.
Atasya jadi cemas melihat mamat menangis.
"mat kenapa ngn danish cakap kt aku cepat kenapa ngn dia" Atasya mendesak Mamat.
"Sebenarnya danish baru ja meninggal dunia td subuh dihospital dan baru selesai dikebumikan......"mamat xdpt meneruskan bab terlalu sedih..
Dengar ja mamat ckp Atasya berlari kt hadiah yg danish beri kt dia,dia buka hadiah tu melihat sehelai tudung putih dsertakan sepucuk surat.....

Syg,
Mungkin bila syg baca surat ni,abg da pergi jauh dr syg..tempat yg jauh ..
Abg minta maaf bukan niat abg utk menegur tp bab abg terlalu syg kt syg.
Terlalu menynyngi syg..Maafkn abg syg.. Abg sebenarnya da lama berlawan
ngn penyakit abg leukimia. Tiada sapa yg tahu tntg hal ini melainkn family abg.
Cuma permintaan akhir abg dapat melihat syg bertudung ngn hadiah dr abg ni
Salam dr insan yg amat menynygi
Kerisku belum bersarung
Danish Shah

Habis ja membaca surat itu Atasya menangis sekuat hati.
"Abg maafkan Atasya"
"keris abg kan bersarung"
Atasya menangis sambil mengengam tudung pemberian danish..


Tamat......




sapa ada komen tntg cerpen ni sila komen ok

Wednesday, May 27, 2009

Apa itu virus?

Virus ialah satu aplikasi kecil yang melekatkan dirinya kepada aplikasi yang lain. Apabila aplikasi lain itu dijalankan, virus itu juga dijalankanf, dan ia boleh menyalin dirinya kepada lebih banyak aplikasi. Dengan cara begini, ia menyebar seperti virus biologi dan boleh menggunakan memori yang cukup untuk menutup komputer.

Virus ditulis oleh manusia? Kenapa? Siapa tahu. Sesetengah penulis virus ialah penggodam yang mencari maklumat atau menilai kekuatan rangkaian komputer yang besar. Banyak yang dilihat bekerja seiring dengan penghantar spam; sesetengah mencari pengiktirafan dalam komuniti pengaturcaraan atau sengaja mahu meninggalkan tanda.

Tuesday, May 26, 2009

"Takkan Melayu hilang di Dunia"

Menurut artikel “Takkan Melayu Hilang di dunia Siber” yang ditulis oleh Syahrul Nizam Junaini, menceritakan perkembangan budaya Melayu dalam dunia siber yang semakin pesat membangun seiring dengan era globalisasi. Kewujudan dunia siber atau lebih dikenali dengan internet dan teknologi sesawang (web) membantu dalam mempromosikan budaya Melayu sama ada dalam mahupun luar negara. Hal ini kerana internet yang mempunyai capaian yang meluas dan tanpa sempadan membolehkan pelbagai maklumat disebarkan secara meluas. Malah maklumat tersebut juga boleh diakses dan diperoleh secara mudah dengan hanya melayari internet sahaja.

Oleh itu, perkembangan dunia internet ini dapat membantu penyebaran maklumat mengenai budaya Melayu dari pelbagai aspek. Malah semakin banyak laman web mengenai budaya Melayu boleh dilayari melalui internet seperti “Melayu Online” (melayuonline.com), “Sirih Pinang” (www.pnm.my/sirihpinang) dan laman rasmi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan warisan Malaysia (www.heritage.gov.my). Laman-laman web tersebut boleh memberikan banyak maklumat mengenai budaya Melayu dari pelbagai aspek sama ada berkaitan Melayu sahaja atau perkaitannya dengan budaya yang lain.

Selain itu, artikel tersebut juga menerangkan sesetengah laman web yang kurang mengetengahkan budaya Melayu secara meluas iaitu terdapat laman yang tidak mendedahkan budaya Melayu secara meluas. Walau bagaimanapun, masih banyak lagi laman web yang boleh dilayari bagi mendapatkan pelbagai maklumat mengenai budaya Melayu seperti adat istiadat pertunangan, makanan dan cara hidup yang memaparkan kemelayuan. Malah, terdapat juga klip video yang menayangkan beberapa majlis orang Melayu seperti majlis pertunangan, kenduri dan sebagainya.

Menurut artikel itu juga, dunia siber dapat membantu mempromosi budaya Melayu ke peringkat antarabangsa. Hal ini dapat mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai budaya Melayu kepada orang ramai yang melayari internet. Malah, hal ini juga lebih mudah kerana bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat mengenai budaya Melayu tidak perlu bersusah-payah untuk mencari dan membeli buku. Mereka hanya perlu mencari melalui komputer atau laptop yang mempunyai kemudahan internet dan menaip kata kunci carian yang diperlukan. Hal ini dapat menjimatkan masa, tenaga dan kewangan seseorang.

Biasanya, maklumat mengenai budaya Melayu yang ingin dicari adalah meliputi aspek idea, kebendaan, kesenian dan norma atau nilai budaya. Aspek-aspek tersebut pula meliputi pelbagai aspek yang lebih khusus dan spesifik. Kesemuanya boleh diperolehi dengan hanya melayari internet sahaja.

Turut dinyatakan dalam internet tersebut ialah jumlah pengunjung internet yang melebihi tiga juta pengunjung semenjak Januari 2007 bagi laman web “Melayu Online”. Pelbagai maklumat mengenai budaya Melayu boleh diperolehi melalui laman tersebut. Walau bagaimanapun, laman tersebut bukan dihasilkan oleh warga Malaysia, tetapi merupakan inisiatif Balai kajian dan Pengembangan Budaya Melayu di Yogyakarta, Indonesia. Hal ini harus diberi perhatian agar warga Malaysia khususnya orang Melayu sendiri bagi menghasilkan lebih banyak laman web yang mendedahkan maklumat tentang budaya Melayu.

Selain itu, artikel ini turut menyatakan mengenai usaha Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk memperkasakan maklumat berkaitan budaya Melayu yang harus menerima pujian. Malah, laman web “Sirih Pinang” juga mendedahkan maklumat mengenai budaya Melayu, tetapi hanya memfokuskan pada satu cabang kecil sahaja seperti tradisi makan sirih iaitu warisan budaya silam orang Melayu yang semakin kurang popular dalam kalangan generasi baru. Hal ini perlu dititikberatkan agar budaya Melayu seperti tradisi tersebut tidak terus hilang ditelan zaman.

Perkara yang menarik dalam artikel tersebut ialah mengenai laman “Travel Document Systems” (traveldocumentsystems.com) yang mencatatkan dan menekankan nilai-nilai kesederhanaan, toleransi, harmoni dan hubungan akrab antara anggota keluarga, jiran dan komuniti. Nilai-nilai tersebut merupakan salah satu nilai yang menggambarkan budaya Melayu. Walau bagaimanapun, nilai-nilai tersebut semakin kurang dititkberatkan oleh sesetengah pihak kerana ancaman global terhadap budaya Melayu seperti yang terdapat dalam laman blog “Pena Kembara” (penakembara.blogspot.com). Ancaman mahupun cabaran tersebut adalah akibat pengaruh media massa yang kuat.

Pada akhir artikel tersebut, penulis menimbulkan beberapa persoalan iaitu adakah budaya Melayu itu tidak “kuat” kewujudannya di alam siber? Atau adakah mereka yang mengaku berbangsa Melayu itu sendiri kurang berminat mempromosikan warisan bangsa mereka ke pentas dunia secara maya?

Penulis juga menegaskan bahawa “sekiranya kita sendiri tidak mementingkan penyebaran maklumat tentang identiti yang melambangkan budaya Melayu di dunia siber, mungkin wujud risiko budaya Melayu akan terus lenyap di dunia”. Berdasarkan hal yang ditulis oleh penulis adalah benar kerana semakin banyak pengaruh yang “menyerap masuk” ke dalam budaya Melayu sama ada pengaruh dari budaya dalam atau luar negara dan boleh menyumbang kepada kepupusan budaya Melayu sebenar jika tidak dipertahankan keasliannya.

Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita untuk mengekalkan dan meluaskan budaya Melayu agar terus berkembang dan tidak akan terhapus begitu sahaja. Malah, salah satu cara untuk kita mengekalkan dan meluaskan budaya Melayu adalah melalui internet. Hal ini bagi membolehkan lebih ramai orang yang terdedah kepada budaya Melayu dan boleh menerapkan budaya-budaya Melayu tersebut dalam kehidupan seharian kerana banyak nilai mahupun norma dari budaya Melayu yang boleh diamalkan dalam hidup kita seharian.

Selain itu, budaya Melayu juga perlu dikekalkan bagi melambangkan kekuatannya sebagai budaya yang menjadi amalan majoriti masyarakat Malaysia. Hal ini kerana Melayu merupakan bangsa pertama yang bertapak di bumi Malaysia sebelum merdeka dan seharusnya mengekalkan budaya tersebut bagi melambangkan salah satu identiti budaya Malaysia. Oleh yang demikian, masayarakat Malaysia khususnya orang Melayu perlu sedar untuk menjaga martabat budaya Melayu di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Artikel tersebut sangat memberi sumbangan kepada bidang sains sosial dari pelbagai aspek. Artikel tersebut boleh dijadikan sebagai bahan bacaan yang berguna kepada orang ramai dan boleh dijadikan salah satu rujukan ilmiah kepada mereka yang memerlukan khususnya mereka yang belajar dalam bidang sains sosial. Hal ini kerana pelbagai idea dan pemikiran yang boleh diwujudkan hasil dari pembacaan artikel tersebut. Malah pembaca boleh memperluaskan pandangan mereka mengenai sesuatu perkara setelah membaca artikel tersebut sekaligus dapat memikirkan sesuatu idea yang lebih luas lagi.

Artikel tersebut juga dapat memberi kesedaran kepada orang khususnya mengenai topik yang yang dibincangkan iaitu “Takkan Melayu Hilang di Dunia”. Hal ini menggambarkan bahawa pentingnya artikel tersebut kepada masyarakat khususnya orang Melayu agar menitikberatkan budaya Melayu agar tidak “hilang” atau pupus ditelan zaman. Budaya Melayu merupakan aspek bidang sains sosial yang spesifik yang turut menjadi bidang kajian dan kita perlu sedar bahawa budaya Melayu adalah sangat penting dalam masyarakat kita. Hal ini kerana terdapat banyak nilai dan ciri-ciri unik yang ada dalam budaya Melayu yang perlu dikekalkan dan diperluaskan lagi agar nilai dan ciri-ciri tersebut terpelihara.

Selain itu, hal tersebut juga perlu dikekalkan agar bidang sains sosial itu sendiri tidak hilang ciri-cirinya tertentu khususnya bagi masyarakat Melayu yang sedang atau ingin menjalankan kajian terhadap budaya Melayu. Hal ini kerana bidang sains sosial adalah sangat luas dan meliputi budaya Melayu itu sendiri dan sekiranya budaya Melayu tersebut semakin pupus, maka salah satu ciri istimewa sains sosial telah tiada. Malah, kajian mengenai budaya Melayu dari dulu hingga sekarang tidak dapat dijalankan dengan sempurna kerana budaya Melayu yang kian terancam kewujudannya.

Saturday, May 23, 2009

adakah UEFA coming back tu Old Traford????

hahahaha....

rabu ni penentuan final utk UeFA antara Man Utd Dan BARC..

bagi saya dua2 team ni team aku minat jgla..
tp lbh kepada MAN utd jgla
hidup Reds..

so pa pendapt korang tntg final ini???

Sunday, May 17, 2009

hari penuh ngn kebosanan.. ManUTD Epl Win..

dunia2 dunia.....

boring btl kt umh ni.... bgn cls..blk laptop tdo..mkn..

pa nk bt lg ni..aduh....bosan boring...mcm2 ada lg..susah oooo.....

2mgu lg final exam da..sem ni da nk habis da...aku pl xthu lg nk balik sabah or tak 2 xthula...
tp niat tu nk jg blk hehe... bab ada hal penting aku perlu ada disana... rugi klu aku xblk tp klu xdpt balik pa le bt jg kan..

ok Mu da tutup tirai musim ni ngn bergaya ngn tiga piala piala club dunia..yokohama...piala carling...dan EPL cup..

tahniah kepada peminat2 MU ... skrng nantikan ROMA final Eropah bakal memberikan penuntup tirai lebih bermakna pd MU and peminat2 MU lebih2 kt Malaysia..

nantikan 27 MEI 2009
MU vs Barc
ROMa stadium

okla kawan2 aku cau dulu.... semoga senyum selalu.,ceria dan peace............

Tuesday, May 12, 2009

kisah seram si pemancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe…rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

bila smua ni berakhir...

jadi student haha,.

pa ada ngn diri student ni... belajar..asgmnt..class...ponteng.. tension stdy..

mana korang rasa ek..

mid term baru ja habis..so pasni mula mcm biasa p class tngu final pula...

kami serumah skrng masing2 ngn hal sendiri..so skrng suasana umah mmg masing2 da... yala mana letih ngn clss byk keje mana lg kan..

aku tulis ni pn aku ada free so isi masa lpng ngn update blog aku..
aku jarang jg nk tgk2 blog ni, aku ucap tq la ba sudi baca blog aku ni n komen blog ni..

xlama da break sem..aku mahu balik kg...sabah nun jauh disana...

rindu family semua da..

sapa nak dgr kisah Ali dan Sunti?

Ali lelaki n sunti perempuan ...
kisah mula ngn sunti jumpa ali masa yg tidak dduga...
korang jd kawan n byk jgla kongsi sama2 so skrng aku nk korang komen pa jadi ngn korang skrng ni???/

sila bg komen ek...

Saturday, April 25, 2009

short sem skrng ni

huhu

soryla lama xupdate blog pada pembaca blog aku ni
skrng umh kami ada budak baru masuk nama dia rafi org ampang..
tgk dia mcm ok jgla cuma blm biasa ngn kami lg
kami ni ok ja klu xmasuk ngn otak kami alamatnya adala xsampai sebulan kt umh ni.hehe
skrng ni da dkt nk MId term da smgu lg so tension jgla kdg2 dlm semgu lecture mcm nk bis ja bab semua.bosan lg tu..lbh2 kelas English..eee mls i..hehe

skrng aktiviti kami tiap2 mgu main futsal...smgu seklai g2la jg..
okla keluar peluh jg kan..hehe

nama team kami "Basin FC"

ok ka nma team kami tu???

skrng kami kt umh skrng masing2 bz da ngn kls so aku pn sama jgla..
pas short sem ni kami ada cuti 2mgu cuti aku xthu nk blk ka tidak bab da blk bulan 3 tu..
rindu ba kt family..hehe rindu..............

aku mbe bkn jarang nk update blog aku tp aku ttp tulis jg blog aku ni
tentng kisah Blok 4 2 16 ni..
bab tiap2 masa ada ja cete tntg blok ni..
hehe..

skrng aku cuti sabtu ahad so kami semua otak ada rest lgla..
aku lg aduh ada projek kena buat oleh lecture..eee mls jg ba ni..

xpala smoga kawan2 sentiasa ikut blog aku ni ek..

Friday, March 20, 2009

kami cuti skrng...

rumah kt perdana sunyi bab semua kami cuti..aku kat sabah skrng jg

bulan april baru blk s.alam..best cuti skrng ni..heheh

harap kawan2 smua happy ngn percutian mereka..

Sunday, February 8, 2009

semakin hari semakin hilang..

okla final exam da nk dekat da so stdy jala keje kami sekrang aku pn xde masa da nk update blog aku ni..soryla kepada pembaca blog aku ek..ada masa aku update jg ni..huhu...penat skrng ni...

Monday, January 19, 2009

ke mana hilang suasana yg lalu???

bila kita imbasan kenangan lalu ke mana sudah suasana tu hilang???

daus sudah balik sabah yg pasti tidak thu adakah dia akan kembali dcni lg??umah skrg nampak sunyi suasana berbeza.....
kami suka suasana yg ceria serta dalam keadaan keluarga...
kami semua da start kuliah mcm biasa cuma letih ja.huhuhu.
aku cete nipun bru blk kelas xde btpe so buat cete ja kt blog...
so skrg kt umah ada 9 org da..ada kosong 1org lg...sapa ka mangsa seterusnya..hehe yg bertuah masuk dlm umah BLOK 4-2-16..

kami tngu jg sapa yg akan dtg or msk mana thu org ok ja "kili" naa......... mmg pukulan kami tu..huhuhu..

andai ada semur di tgh hutan,
jgnla cuba mandi,
jika ajal belum sampai ,
so ada jg masa kita berjumpa lg...

Friday, January 16, 2009

blog ni

tentang blog ni korang yg baca ayat mmg xla teratur mmg da bgni..semua ni mgambar kami semua xperlu skema sgt... ngn ayat yg mmg kami guna ni anda da ble tahu kami mcm mn kan...biasala bodoh2 g2 kan
silap bkn bodoh tp kurang pandai..huhuhu

so sebarang komen komen jala ok ka

Saturday, January 10, 2009

kawan kami pergi lagi.... and ada penganti,siapa ka dia????


hazizi....kamu telah tinggal kenangn bersama kami dipondok 4-2-16 d seksyen 13...andai ada salah kami kamu maafkan ek....kami sedih jg ko pindah dari umah tp ko da besar tahu jaga diri so kami ni ikut ja la keputusan ko....mana lagi seorang lagi kawan kami akan balik sabah aduh tambah sunyi rumah kami ni..daus ni member aku yg rajin kemas umah memasak n best giler kenal ngn dia..ingat aku bilik da sini dari sabah..malam tu aku da masuk da ngn dia (daUs).dia mmg baik bg aku kawan yg best ... tp........

sedih dia nk balik sabah sudah 18 jan 2009 ni.. daus jgn tnglkan kami..hehehe.... mengingat tentang kenangan ber sama zizi tu mmg lawak gilerla,dia tu ada ja..kdg2 kena buli oleh kami ni.hehehe jahat kami tp jahat pn kami 1 family dalam rumah kami ni... dia mmg best giler baik cuma lambat pickup dia ni.... mula2 tu xfham jg dia ckp mula kenal bab pekat giler logat perak dia tu.tp lama2 da ok da jg..hehe fhm jg n dia pn makin faham jg bahasa sabah.....

Daus.......
ko mmg best fren...tambah seri umah bila yunus pindah ada ko masuk..kami tidak pernah rasa dia tu menumpang bab mmg ikutkan kami nak dia tngl ngn kami...,rajin...suka buat lawak lg..

tp diharap persahabatan kami semu akan terus erat.... serta tidak ditelan zaman..

seterusnya baru2 ni ada bdak rumah baru masuk org kelantan,,,sehari ngn kami dia da nk ngis,hehe kena buli ja ..ala kami buat pn nk dia thu perangai kami semua mcm mn so senang dia nk mask otak ngn kami...bab kl otak xtahan mmg payah nk hidup ngn kami serumah...tp tgk dia skrng mula da ok masuk da ngn kami...

be cont....

tahun baru..2009


bermula cerita untuk tahun bru..masing2 ada azam baru yg masing2 takmahu luah...mgkn nak bertaubat kot..hehehe.. saya mcm biasa mghrpkan apa yg terjadi tahn 2008 jd pengajaran and tahun ni 2009 ni sebagai pendorong bg saya serta kawan2 serumah... tiada yg menarik utk kami sambut tahun baru pada pagi 1.01.2009 tu setakat buat hari mcm hari biasa saja...

setelah 4 bulan berada di desa shah alam..kami da mula rasa tension study..tp enjoy jgla kawan2 jg tempat kami hilang tension...baru2 ni exam mid term masing2 ngn buku da tp 5...10 jan ja exam so skrg da ok otak n boleh bls dendam tidur..hahahaha...

bagi budak sabah masing2 da beli tiket utk balik sabah bulan mac tp saya belum beli lg,hehe..xsabar jg nk blik kg.hehe..rindu family ba kami semua..........
sepanjang perkenalan kami semua,blm ada gaduh cuma berbunuhan saja..hehe xdela aku gurau ja..

maaf kepada semua pembaca blog ni aku xla selalu update blog kadang-kadang aku ni bz study juga..

apapn korang jangan lupa komen ek blog ni sebarang komen sy terima serta pandangan korang...

last update 11 jan 2009 4.16am