HOME DOWNLOAD SERVISE CONTACT ABOUT ME SIGN IN BLOG

Wednesday, December 11, 2013

D A Bm Em G EM A

D                           A                        Bm
Menatap indahnya senyuman di wajahmu
                      Em            G      Em           A
Membuatku terdiam dan terpaku
              D                     A                Bm
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
                     Em           G         Em          A
Saat kau peluk mesra tubuhku

Em            A
Banyak kata...
                           D                     G
Yang tak mampu kuungkapkan
                    A
Kepada dirimu

Reff 1 : (Ungu)

A                          D         A
Aku ingin engkau s'lalu
                                 Bm
Hadir dan temani aku
A                        G
Di setiap langkah
                          F#m
Yang meyakiniku
                             Em          A
Kau tercipta untukku

                             D              A
Meski waktu akan mampu
                                 Bm
Memanggil s'luruh ragaku
A                        G
Kuingin kau tahu
                         F#m
Ku s'lalu milikmu
                        Em
Yang mencintaimu
D                         D
S'panjang hidupmu

Reff 2 : (Rossa)

Gm
Sungguh....
Gm                                   D
Hanyalah dirimu yang aku cintai
Gm
Dan sungguh....
Gm                                   A          B
Ku kan di sisimu hingga ku mati

Tuesday, September 10, 2013

DIPAKSA MENIKAHI PEREMPUAN CANTIK



Seminggu lagi, aku akan menikah, tetapi hari ini aku masih di sini, kota besar, sendiri mengenangkan nasib. Tidak ada wang, tidak ada kereta, tidak ada kerja, tidak ada apa-apa selain, telefon murah, dan oh... telefon aku juga tidak punya kredit.

Sewa rumah pun belum aku bayar, tetapi aku akan menikah lagi seminggu. Majlisnya sederhana, bernikah dengan gadis kampung sebelah, di rumah ibu gadis itu, dan aku tidak kenal lagi siapa gadis itu. Orang tua aku yang mengaturkannya, dan aku masih terfikir-fikir, mengapa orang tua gadis itu, sanggup mengahwinkan anaknya dengan seorang lelaki seperti aku.

Aku lelaki yang apabila ditanya apa kerjanya, aku tidak tahu bagaimana harus menjawab. Aku memang bekerja tetapi, kerja sambilan di hotel, tolong kawan-kawan yang meniaga online di internet, ada sesekali mengikuti seminar MLM, dan banyak waktu duduk di rumah sewa, menatap akhbar mencari kerja.

Lalu, atas sebab apa ibu bapa gadis itu, sanggup menikahkan anaknya kepada aku, dan hantaran kahwinnya, cuma senaskah Al Quran, dan mas kahwin cuma RM80.00. Lebih menghairkan, semua kenduri ditanggung oleh keluarga si gadis.

Mengapa? Bertambah aku tidak mengerti, apabila, orang tua gadis itu, mengahwinkan aku dengan anak perempuannya yang cantik, yang bertudung litup. Ya, aku ada melihat gambarnya, dan atas sebab kecantikan itulah, aku walaupun dengan semua kehairanan itu, aku setuju juga dengan perkahwinan yang diatur keluarga ini. Ditambah cerita, perempuan itu lulusan universiti luar negara, berkerja sebagai pegawai kerajaan yang gajinya, cukup bagi membayar ansuran kereta BMW.

Pada mulanya, aku fikir aku ibarat tikus yang jatuh ke dalam guni beras, tetapi ketika majlis semakin hampir, aku mula terfikir, ada perkara yang disembunyikan. Adakah gambar yang diberi sama dengan wajah aslli perempuan itu? Adakah perempuan itu sebenarnya ibu tunggal? Atau yang paling menakutkan aku, perempuan itu sedang mengandungkan anak orang lain, dan aku menjadi 'pak sanggup'. Lalu, daripada sinilah kisah aku ini bermula.

***

Tengah hari itu aku nekad pulang ke kampung. Aku nekad, menyiasar latar belakang bakal isteri, dan mengapa ibu bapanya, sanggup melepaskan anaknya kepada lelaki seperti aku. Cuma tidak pasti, apakah cara untuk menyiasat, dan semasa di dalam bas aku kira beruntung, duduk di sebelah seorang lelaki yang peramah.

Kepada lelaki itu aku bertanya, “Bagaimana mahu tahu latar belakang bakal isteri kita?”

“Senang sangat. Kalau dia ada FB, buka FB dia, atau taip sahaja nama penuhnya di internet. Nanti adalah maklumat tentang dia. Kalau susah sangat, pergi tempat kerja dia, tanya kawan-kawan dia, atau tanya jiran-jiran dia.”

Untuk menyiasat tentang tunang aku itu di internet, nama penuhnya pun aku tidak tahu. Aku cuma diberitahu, namanya, Sarimah. Berapa ramai orang nama Sarimah di internet? Lalu aku ambil nasihat kedua lelaki itu, tanya rakan-rakan sekerjanya, dan mujur aku tahu gadis itu bekerja di pejabat KEMAS di pekan.

Sampai sahaja di kampung, aku pinjam motosikal ayah, terus ke pejabat KEMAS. Aku tidak tahu apa jawatannya, tetapi pejabat sebesar itu, berapa ramai sangatlah orang namanya sama. Tetapi agak tidak logik pula aku terus masuk ke pejabat dan bertanya berkenaan bakal isteri. Lalu akhirnya aku ambil keputusan menunggu dan memerhati di seberang jalan.

Aku fikir, mungkin pada waktu makan tengah hari, Sarimah dan wakan-kawannya akan keluar dan, apabila sudah cam wajah kawan-kawannya, semasa balik nanti boleh tanya tentang Sarimah. Itulah rancangan aku, rancangan yang diatur kemas. Lalu aku pun duduklah di atas motosikal menghadap pejabat kemas yang cuma setingkat.

Kemudiannya datang pula rasa menyesal, sebab pada jam 11 pagi, cuaca sudah terik. Di situ pula belum ada pokok yang rendang, kerana semuanya baru sahaja dicantas dahannya. Sudah panas terik, pengawal keselamatan di luar pejabat pula asyik meninjau-ninjau. Bukan pengawal keselamatan, malah orang yang lalu lalang di situ turut memerhati.

Aku lupa, ini pekan kecil, jadi segala perbuatan yang bukan kebiasaan akan menjadi perhatian. Perbuatan aku, yang duduk di hadapan pejabat kemas adalah bukan perkara biasa. Nampak terlalu aneh.

Akhirnya, aku semakin berasa menyesal kerana dari jauh aku lihat seorang perempuan keluar dari pejabat. Semakin dekat perempuan itu, semakin aku berasa berdebar. Wajahnya semakin jelas, dengan tudung kuning cair dan baju kurung biru muda. Dia adalah bakal isteri aku, yang aku cuma kenal namanya sebagai Saramih. Hanya itu.

Aku fikir, mahu sahaja menghidupkan motosikal dan kemudiannya terus pergi dari situ tetapi semuanya sudah terlambat apabila Sarimah berkata, “Awak Salman?”

Aku memberikan senyuman yang paling terpaksa pernah saya buat. Lebih terpaksa daripada senyum terpaksa apabila bertemu dengan cikgu semasa sekolah dahulu.

“Ya, saya. Awak boleh cam?”

“Kawan di pejabat yang beritahu, ada lelaki di sebearang jalan. Mereka mengusik saya, mungkin saya kenal, dan saya mula perasan wajah awak sama dengan gambar yang emak saya beri.”

Satu pejabat perasan aku menunggu di hadapan pejabat? Teruk betul cara aku mahu menyiasat. Kemudian pantas aku memerhatikan wajah Sarimah, dan ternyata wajah aslinya jauh lebih cantik daripada wajah pada gambar. Mungkin sebab itu gambar pasport. Orang tua dia pun satu, ambillah gambar lain. Ini tidak gambar pasport anak dia pula. Enhtah-entah, emak ayah aku pun berikan gambar pasport aku. Ketika itu juga aku rasa berdebar. Sebab, seingat aku semasa aku bergambar pasport, aku baru sahaja bangun tidur.

Aku perhatikan pula perutnya, tetapi tidak nampak ada apa-apa tanda perempuan mengandung. Pada ketika aku memerhati itu, aku perasan dia terus silangkan tangannya di perutnya dan terus aku berasa malu. Mesti dia perasan aku pandang perutnya, dan entah apalah dalam fikirannya sekarang.

Kemudiannya, aku perasaan lagi yang Sarimah ini perempuan yang berani. Berani untuk keluar berjumpa dengan aku. Kalau perempuan lain, tentu mereka tidak berani. Barulah aku sedar, inilah pertemuan pertama aku dengan bakal isteri aku. Pertemuan dalam keadaan yang agak aneh.

Selepas pertanyaan itu, kami tiba-tiba diam. Kami hanya berdiri di tepi jalan raya, sambil memandang ke arah yang sebenarnya agak aneh untuk dipandang. Aku memandang ke arah pokok dan Sarimah memandang ke arah motosikal ayah aku.

Aku tahu, ini keadaan yang tidak betul dan aku sebagai lelaki perlu menunjukkan contoh yang baik kepada bakal isteri aku. Jadi, selepas puas berfikir dan memberanikan diri, aku berkata, “Sudah makan?”

“Saya diet.”

Nasib baik dia kata dia diet. Bagaimana kalau dia kata, marilah kita makan, memang aku akan jahanam sebab di dalam dompet aku cuma ada lima ringgit. Mana cukup. Selepas itu, keadaan kembali sepi.

“Saya mahu masuk pejabat balik,” kata Sarimah sopan dan membuatkan aku lega.

“Saya pun mahu balik,” balas aku, dan rupa-rupanya lega aku tidak lama.

“Malam ini jemputlah datang rumah.”

“Datang rumah awak?”

“Ya, makan malam dengan keluarga saya.”

Aku diam. Berdebar-debar.

“Jemputlah sekali ayah dan emak awak kalau mereka tidak ada halangan.”

“Baiklah, selepas maghrib saya saya sampai.”

***

Sepanjang perjalanan balik aku berasa tidak puas hati dengan diri aku. Mengapa aku tiba-tiba menjadi kaku. Sepatutnya, pada waktu itulah aku banyak tanya bagi menyiasat mengapa dia dan keluarga dia memilih aku.

Cuma malam ini aku berasa sedikit gerun. Alamat rumah Sarimah, aku boleh tanya ayah aku, tetapi adakah aku patut bawa ayah dan emak aku sekali? Tidak.. tidak.... Bukannya aku tidak tahu, biasanya kalau emak ada sekali, habis semua rahsia anak dia ceritakan. Seronok betul cerita rahsia anaknya.

Lagipula aku ada banyak rahsia yang tidak patut Sarimah dan emak ayahnya tahu. Rahsia yang aku paling takut emak akan beritahu adalah, hampir setiap bulan aku masih lagi meminta duit daripada emak aku. Memang memalukan tetapi untuk pergi seorang diri pula, memang aku tidak yakin.

Akhirnya, aku ada idea paling bernas. Aku terus melencong ke rumah kawan lama aku, Rudy. Bukan setakat kawan lama, tetapi juga kawan karib. Aku yakin dia ada di rumah, kerana dia juga senasib dengan aku, belum ada kerja tetap. Bezanya, dia bertarung hidup di kampung, dan aku bertarung hidup di kota.

Sampai sahaja di rumah Rudy, aku lihat Rudy sedang duduk di tangga sambil bermain gitar. Itulah kemahiran Rudy yang aku sangat cemburu. Aku tidak pandai bermain gitar dan akibatnya.... oh... ada lagi rupanya kemahiran Rudy yang aku tidak ada. Rudy pandai mengorat gadis dengan bermain gitar, dan Rudy sangat berani berhadapan dengan perempuan, tidak seperti aku. Itulah akibatnya, aku tidak ada keyakinan apabila berhadapan dengan perempuan.

“Lama tak nampak,” kata Rudy sebaik aku duduk di sebelahnya.

“Taklah lama mana. Baru dua bulan lebih.”

“Lamalah tu.”

Aku diam, dan cuba mendengarkan petikan gitar lagu rock kapak, 'Suci Dalam Debu'. Aku cuba menyusun ayat, bagi mengajak dia menemani aku malam ini, tetapi belum ada ayat yang bagus.

“Aku dengar seminggu lagi kau nak kahwin. Kau tak jemput pun aku,” kata Rudy, dan itu secara tidak langsung memberikan aku jalan bagi melaksanakan rancangan aku.

“Ini majlis sebelah pihak perempuan, jadi mereka jempur sebelah perempuan sahaja.”

“Sebelah lelaki bila?”

Aku diam, kerana aku tidak tahu bila. Sebab dengan kewangan aku sekarang, hidang mi goreng kepada tetamu pun aku tidak mampu.

“Tengoklah. Kalau ada kad aku sampai ke rumah kau, kau pergilah.”

Rudy semakin merancakkan petikan gitarnya. Kini lagu Adele pula, 'Someone like you'. Entah mengapa, lagu yang temanya kecewa sahaja dia mainkan petang ini.

“Dia cantik tak?” Rudy memandang dengan senyuman penuh berharap.

“Cantik.”

“Macam mana kau jumpa dia?” Senyuman Rudy kini semakin tinggi harapannya. Harapan jenis apa aku tidak tahu. Mungkin harapan untuk melihat aku bahagia. Walaupun aku berasa seperti tidak logik pula harapan itu wujud daripada Rudy.

“Ayah dan emak aku jodohkan. Aku terima sahaja.”

“Kau tidak pernah jumpa dia?”

“Baru tadi.”

“Memang dia cantik?”

“Memang cantik.”

Rudy kini memperlihatkan pula wajah orang yang sedang gusar dan berfikir panjang.

“Apa kerja dia?”

“Pengawai di KEMAS. Aku tidak tahu jawatannya. Tetapi emak aku kata, pegawai tinggi juga.”

“Hmm... dia cantik, kerja bagus tetapi dia mahu kahwin dengan kau. Hairan.”

Aku menelan liur. Nampaknya Rudy juga sudah perasan sesuatu yang tidak kena. Dia pandang wajah aku.

Rudy menyambung, “Kau pun, bukannya kacak pun. Hairan-hairan.”

Aku tersenyum pahit. Aku akui, aku memang tidak kacak dan itu pun sebenarnya merisaukan aku juga.

“Kau tidak hairan?” soal Rudy.

“Memang aku hairan.”

“Kau sudah periksa latar belakang perempuan itu?”

Aku pandang wajah Rudy. Akhirnya peluang aku tiba.

“Malam ini kau ikut aku. Temankah aku ke rumah tunang aku.”

“Buat apa?” Rudy memandang hairan.

“Dia ajak aku makan malam di sana. Jumpa dengan ayah dan emaknya. Waktu itu aku fikir baru hendak siasat latar belakangnya.”

“Jadi kau pergilah sendiri.” Rudy kembali menyambung memetik gitar.

“Kau bukan tidak tahu aku. Aku segan. Aku perlukan kau temankan aku. Lagipun kau berani, mungkin kau boleh tolong siasat-siasat juga.”

“Siasat-siasat? Macam mana?”

“Tanyalah apa-apa soalan yang patut. Engkaukah berpengalaman dalam dunia percintaan. Mestilah tahu.”

Akhirnya selepas lama aku pujuk, Rudy pun setuju.

***

Malam itu, walaupun aku sudah salin alamat daripada ayah aku, tetap jugalah aku sesat. Aku sampai, selepas isyak, bukannya selepas maghrib. Aku lihat makanan sudah sedia terhidang di atas meja, dan nampak sudah sejuk. Mungkin perut Sarimah dan orang tuanya juga sudah lapar.

“Maafkan saya sebab lambat.”

“Tidak mengapa, masuklah,” kata seorang lelaki yang sebaya ayah aku. Mungkin dia adalah ayah Sarimah dan bakal ayah mertua aku.

“Ooo... inilah Salman. Ayah kamu kata kamu akan balik lusa, cepat pula kamu balik,” tegur seorang perempuan pula, yang aku yakin adalah emak Sarimah.

“Ada hal sedikit,” balas aku dan kemudian berkata, “Kenalkan ini kawan saya Rudy. Emak dan ayah saya tidak dapat datang.”

Kemudiannya, Sarimah keluar dari dapur dengan dan dia kelihatan sangat cantik. Terpegun aku dan aku sempat melihat wajah Rudy yang ikut terpegun.

“Untunglah kau,” bisik Rudy.

Selepas makan, kami duduk pula di ruang tamu dan pada waktu itulah, aku jeling-jeling Rudy supaya mula menjalankan kerjanya.

“Salman beritahu, yang ini kali pertama dia berjumpa dengan pak cik dan mak cik. Malah dengan Sarimah pun baru semalam berjumpa,” kata Salman memulakan bicara dan aku mula berdebar-debar.

“Ya, kali pertama berjumpa. Sebelumnya, kami lihat wajahnya dalam gambar pasport yang emak dia beri,” jawab ayah Sarimah.

Aku semakin berdebar-debar. Emak aku beri gambar pasport? Ah, sudah! Matilah aku.

“Tidak sangka, orang betulnya, kacak juga,” sambung emak Sarimah pula.

Aku mula berasa pipi aku panas. Jarang betul orang puji aku kacak. Kalau puji kacak pun, ada makna di sebaliknya. Entah-entah emak Sarimah pun cuma mahu menjaga hati.

“Itulah saya hairan. Sebab Salman beritahu, orang tua dia yang aturkan. Tidak sangka, zaman sekarang masih ada lagi perkahwinan yang diatur oleh orang tua. Apa rahsianya pak cik?” Rudy memang tidak menunggu lama. Terus sahaja dia bertanya sambil ketawa-ketawa kecil. Jadi, walaupun soalan itu serius, tetapi ia nampak seperti bergurau.

“Tidak ada rahsia apapun. Salman tidak beritahu kamu?”

Rudy pandang aku, kemudian dia padang ayah Sarimah dan menggeleng.

Terus aku kata, “Sebenarnya saya pun tidak tahu apa-apa.”

“Kamu tidak tanya ayah dan emak kamu?”

Pada waktu itulah, aku mula berasa menyesal. Ya, aku tidak tanya pun ayah dan emak aku mengapa dia pilih Sarimah. Yang aku tahu, emak aku cuma tanya, “Mahu emak carikan kamu jodoh?” Aku pun terus kata, “Boleh.” Tahu-tahu, dua minggu selepas itu, aku sudah bertunang dan dalam masa sebulan akan berkahwin. Itupun tunang guna duit emak aku. Memalukan betul.

“Saya tidak tanya.”

Ayah Sarimah mula ketawa kecil.

“Begini, saya dan ayah kamu itu memang sudah lama kenal. Suatu hari, borak-borak di kedai kopi, kami bercerita tentang anak masing-masing, kemudiannya terus bercerita berkenaan jodoh, dan akhirnya, terus kepada rancangan mahu menjodohkan anak masing-masing. Selepas itu, inilah yang terjadi,” jelas ayah Sarimah.

“Begitu sahaja pak cik? Mudahnya!” Rudy nampak terkejut, dan aku pun sebenarnya agak terkejut juga. Ya, mudahnya.

Emak dan ayah Sarimah hanya tersenyum lebar.

Ayahnya berkata, “Tidaklah semudah itu. Kami pun mahu yang terbaik untuk anak bongsu kami. Kami pun ada siasat latar belakang Salman.”

“Jadi pak cik tahu yang Salman ini menganggur dan tidak ada duit?” soal Rudy dan membuatkan aku geram tetapi dalam masa yang sama berasa sangat malu. Tiba-tiba aku berdoa supaya tubuh aku menjadi kecil, supaya senang aku menyorok bukan sahaja muka, tetapi seluruh tubuh aku di balik bantal.

“Tahu,” jawab ayah Sarimah sambil ketawa kecil lagi.

“Jadi?” Rudy menyoal sambil memusingkan tangan kanannya. Aku dapat agak Rudy sebenarnya mahu kata, “Jadi, mengapa masih pilih Salman?” Mungkin kerana tidak sampai hati, dia cuma buat isyarat tangan sahaja. Ya, aku tahu betul sebab sudah lama aku kenal Rudy.

“Itulah yang diberitahu oleh ayahnya. Katanya, anak dia tidak kacak, tidak ada kerja tetap, dan malah, bulan-bulan masih minta duit daripada emaknya. Tetapi, daripada situlah pak cik tahu, Salman ini akan menjadi suami yang baik.” Ayah Sarimah tidak lagi tersenyum, sebaliknya memandnag aku dengan wajah serius. Aku pula terus tunduk malu. Malunya aku. Rupa-rupanya mereka sudah tahu yang aku ini minta duit bulan-bulan daripada emak aku.

“Jadi?” Rudy sekali lagi menggerak-gerakkan tangannya.

“Ayahnya juga memberitahu, anak dia akan menelefon kampung, paling kurang dua kali seminggu. Dan, walaupun dia tidak ada pekerjaan tetap, kerjanya pun tidak menentu dengan gaji yang kecil tetapi setiap kali mendapat gaji, ayahnya memberitahu, dia tidak pernah lupa memberikan sedikit kepada emaknya. Walaupun cuma RM50. Jadi, bayangkan walaupun hampir tiap-tiap bulan dia tidak cukup duit, tetapi dia masih ada perasaan bagi membantu orang tua. Itulah namanya tanggungjawab!”

Aku tergamam. Aku sebenarnya tidak menyangka ayah aku menceritakan perkara itu juga kepada ayah Sarimah.

“Ooo... tanggungjawab,” Hanya itu kata Rudy sambil mengangguk-angguk

Ayah Sarimah menyambung, “Tanggungjawab itu, bukan bermakna apabila kita kaya sahaja kita perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab itu adalah sesuatu yang kita pegang semasa kita susah dan semasa kita senang. Lalu, dalam rumahtangga, bukan selamanya senang. Lebih banyak masa susahnya. Jadi, pak cik akan berasa lega, kerana tahu anak pak cik berada dalam tangan lelaki yang bertanggungjawab.”

“Betul juga pak cik. Lagipun Salman ini, setahu saya dia tidak pernah tinggal sembahyang dan tidak ada girlfriend sebab takut perempuan,” tambah Rudy yang membuatkan aku tersipu-sipu. Tidak sangka Rudy memuji aku.

“Sembahyang itulah perkara utama yang pak cik tanya daripada ayah dia, dan girlfriend pun pak cik ada tanya.” Ayah Sarimah kembali ketawa kecil.

“Susah mahu cari orang seperti pak cik pada zaman ini. Zaman sekarang, semua mahu menantu kaya,” tambah Rudy lalu aku nampak wajahnya tiba-tiba murung. Mungkin dia sedang bercerita tentang dirinya secara tidak sedar.

“Semasa pak cik mengahwini ibu Sarimah, hidup pak cik pun susah. Pak cik juga orang susah, cuma bekerja sebagai kerani, sedangkan ibu Sarimah itu anak orang kaya kampung. Alhamdulillah, keluarga isteri pak cik jenis yang terbuka. Lalu, mengapa pak cik tidak memberi peluang kepada orang yang susah, sedangkan pak cik dahulu pun diberi peluang. Yang utama, sebab dia susah bukan kerana dia malas, tetapi belum sampai rezeki. Besar bezanya, orang malas dengan orang yang belum ada rezeki. Kalau susah sebab duduk rumah dan tidur berguling-guling, memang pak cik tidak terima juga,” jelas ayah Sarimah dengan panjang lebar.

Aku berasa mula sedikit lega. Tidak sangka betul aku, begitu fikiran ayah dan emak Sarimah. Perlahan-lahan, perasaan malu aku itu mula berkurang. Perlahan-lahan juga, curiga aku kepada Sarimah ikut berkurang.

“Anak pak cik pun hebat juga. Dia ikut kata pak cik. Zaman sekarang, biasanya semuanya sudah ada boyfriend dan girlfriend,” kata Rudy. Aku tahu, Rudy juga sedang memasang umpan bagi mengetahui latar belakang Sarimah pula. Aku kembali berdebar-debar.

“Alhamdulillah. Pak cik sangat bersyukur diberi anak sebegitu. Mulanya, pak cik khuatir juga, tetapi selepas seminggu, Sarimah kata setuju. Cuma pak cik tidak tahu sebab apa dia setuju, mungkin Salman boleh tanya dia sendiri selepas nikah nanti,” kata ayah Sarimah, lalu dia, isterinya dan Rudy ketawa bersama. Tinggal aku dan Sarimah sahaja yang duduk terdiam-diam malu. Sempat aku menjeling Sarimah, dan bertanya dalam hati, “Mengapa kamu setuju dengan lelaki seperti aku?'

***

Alhamdulillah. Allah permudahkan kerja kami. Aku sudah sah menjadi suami kepada Sarimah, dan selepas bersalaman dengan Sarimah, gentar dan malu aku kepada Sarimah mula berkurang. Malah aku mula memanggil dia, 'sayang'. Lalu selepas kenduri, kini aku dan Sarimah sudah berada di dalam bilik, berdua-duan untuk pertama kalinya.

Aku masih ingat pertanyaan aku dalam hati, pada malam aku bertemu ayah dan emak Sarimah. Kini pertanyaan dalam hati itu aku luahkannya dengan lidah, “Sayang, mengapa sayang setuju untuk bernikah dengan lelaki seperti abang? Lelaki yang belum tentu masa depannya, dan mungkin juga membuat sayang derita.”

Tidak sangka, pertanyaan melalui lidah aku menjadi lebih panjang dan detail pula berbanding pertanyaan dalam hati.

Sarimah yang waktu itu sedang duduk malu-malu, memandang aku lalu menyalami tangan aku, dan berkata, “Ampuni Sarimah bang, ampuni Sarimah.”

Aku mula berdebar-debar dan tidak sedap hati.

“Ampuni apa sayang?”

“Sebab, Sarimah sebenarnya sempat curiga juga dengan abang. Sarimah sempat tidak yakin dengan abang. Malah Sarimah minta tolong kawan Sarimah, yang kebetulan tinggal berhampiran abang di kota supaya menyiasat latar belakang abang. Malah, Sarimah juga solat iskhtikarah hanya kerana ragu-ragu kepada abang.”

Debar aku kembali menurun. Rupa-rupanya, Sarimah lebih dahulu menyiasat latar belakang aku? Malunya aku. Tetapi sekarang dia sudah jadi isteri aku, lalu aku angkat kepalanya dan pandang ke arah matanya.

“Abang ampunkan. Abang pun minta maaf, sebab abang pun pernah juga berasa curiga kepada sayang.”

Sarimah tersenyum. Bukan senyum manis biasa, tetapi senyuman seorang perempuan yang bahagia, dan senyuman itu sangat ajaib kerana ikut membuatakan aku berasa bahagia. Mungkin inilah perasaan, bahagia yang datang daripada kelakuan kita yang membahagiakan orang lain. Tetapi persoalan aku tadi masih belum terjawab sepenuhnya.

“Jadi, apa kata kawan sayang?” lanjut aku mahu tahu. Risau juga kawan dia cakap yang bukan-bukan.

“Katanya, abang ini kerja tidak tetap. Motosikal pun pinjam motosikal kawan, tetapi katanya dia sentiasa melihat abang membaca ruangan akhbar mencari kerja, menghantar surat, dan sentiasa memeriksa peti surat. Maksudnya, abang ini seorang yang rajin berusaha. Katanya lagi, dia tidak pernah nampak abang keluar dengan mana-mana perempuan. Solat pun abang buat berjemaah di surau.”

Aku mula tersipu-sipu. Jadi bagi mengelak lebih tersipu-sipu, aku bertanya, “Tetapi orang secantik sayang takkan tidak ada orang mahu. Pasti ramai yang mahukan sayang, dan mungkin pasti juga yang ada sudah menghantar rombongan meminang.”

Sarimah sekali lagi tersenyum.

“Ya, memang ramai lelaki yang cuba dekat dengan Sarimah, tetapi Sarimah sangat takut. Sebab, teringat kepada kakak Sarimah?”

“Mengapa dengan kakak, sayang?” soal aku segera.

Sarimah pun bercerita panjang lebar, dan tahulah aku yang kakak dia sudah meninggal. Kakak Sarimah dahulu juga seorang perempuan cantik, dan ramai lelaki yang mahukan dia. Akhirnya, dia kahwin dengan lelaki pilihan hatinya sendiri. Lelaki yang kacak, berpelajaran tinggi, dan bekerja yang gajinya lumayan. Sayangnya, selepas setahun berkahwin, suami kakaknya mula berubah kerana belum mendapat anak. Mula balik lewat dan sering marah-marah.

Malah, apabila suami kakaknya dibuang kerja kerana krisis ekonomi, hidup mereka menjadi susah dan, suami kakaknya juga semakin besar perubahannya. Dia sudah tidak balik berhari-hari, apabila balik pula, hanya bagi meminta wang, marah-marah dan memberi sepak terajang. Kemudian pecahlah rahsia, rupa-rupanya suami kakaknya itu sudah ada perempuan lain. Lalu pada hari itu, dengan hati yang kusut, kakak Sarimah gagal mengawal keretanya lalu kemalangan dan meninggal dunia. Akhir ceritanya itu, terus aku genggam tangan Sarimah erat-erat.

“Sebab itulah, Sarimah takut bagi menerima mana-mana lelaki dalam hidup Sarimah. Malah, Sarimah juga sebenarnya sudah mengamanahkan ayah dan ibu mencari lelaki yang sesuai untuk Sarimah. Biar tidak kaya, biar tidak kacak, tetapi lelaki itu mampu membahagiakan hidup dengan kasih-sayang dan mendamaikan hati dengan agama.”

Akhirnya, semuanya sudah jelas. Mengapa ayah dan ibu Sarimah memilih lelaki seperti aku, dan mengapa Sarimah menerima aku dalam hidupnya. Genggaman tangan aku semakin kuat.

“Abang... jaga Sarimah. Jaga dan mohon jangan lukakan hati Sarimah. Mohon bang,” rayu Sarimah dan aku anmpak matanya mula ada air mata yang berkolam, dan kemudiannya air itu tumpah. Segera aku menyeka air mata Sarimah.

“Abang, bukan lelaki terbaik, dan abang tidak mampu berjanji menjadi suami yang terbaik untuk sayang. Abang cuma mampu berjanji, abang berusaha menjadi lelaki yang terbaik itu, dan berusaha menjadi suami yang terbaik untuk sayang,” kata aku perlahan, dan Sarimah terus memeluk aku, dan aku perasan, bahu aku sudah basah dengan air mata Sarimah. 

Wednesday, August 14, 2013


Selamat hari raya maaf zahir dan batin

tahun raya paling bererti kerana semua kami dapat berkumpul semua adik beradik ng suasana meriah..
anak buah semua berkumpul.....tengok la keceriaan kami dalam gambar ni....

aku bersyukur kerana dapat keluarga yg begitu sporting... tiada bermusuhan.... aku rasa aku la beruntung dpat keluarga begitu...

Ini kerana raya tahun sekali ng majlis perkahwinan abg aku raya ke4.... rombongan ke pulau langkawi....
Rombongan ng naik feri pastu kapal n naik lori darat....

Dharap keluarga ini akan terus bersama ng bahagia dlindungi Allah SWT .....

Kesibukan beraya ini jg buat aku jarang update blog aku... tetapi aku akan terus menulis blog smpila bila2,,,, cuma bila ada isu yg sesuai aku akan kongsi ng kamu urang......

Aku pula dapat cuti 2minggu ooo...puas cuti raya aku ni... tapi nanti takut malas keja klu cuti uda masuk keja ni...... biarla dpt bersama keluarga bersama......

aku rasakan tahun ni raya betul2 bererti bersama keluarga tersayang... cuma belum  lengkap kerana aku belum ada isteri...hehe,, harap2 tahun depan aku dapat uda isteri...hehe... aku mau teman hidup uda.... hehe..

okla nipun menaip sambil santai2 dluar uma dkg.,... nyaman..

ada masa kita bersua lg d post yg akan datang......

salam lembaran.....

Tuesday, April 23, 2013

Apa Yang Perlu Dilakukan Apabila Lelaki Marah

Apabila lelaki marah, apakah yang perlu kita lakukan? berdiam diri, menjawab dan jelaskan kedudukan sebenar atau bagaimana? sebelum kita melakukan sesuatu tindakan perlu kita kenali sikap lelaki tersebut terlebih dahulu. Ada sesetengah lelaki apabila mereka marah mereka tidak suka kita menjawab kerana pada mereka itu adalah kurang ajar dan biadab. Ada pula jenis yang mahukan kita menjawab serta menjelaskan kerana pada mereka jika berdiam itu umpama kita tidak mengendahkan amarahnya. Maka sebelum mengambil tindakan harus kenali siapakah mereka dan bagaimanakah mereka mengendalikan amarah mereka.

Jika mereka jenis yang suka kita diam tidak salah berdiam diri dan mengalah terlebih dahulu. Jika dia telah reda amarahnya barulah jelaskan kedudukan sebenar dan berbincang dengan elok. Jika sebaliknya pandai-pandailah menghadapi amarah lelaki kerana angin lelaki sangatlah berbaur dengan sedikit baran dan ego. Silap haribulan kita boleh terbang dibuatnya..

Lembutnya wanita mampu mencairkan amarah lelaki. Berfikirlah secara aman dan matang sebelum berdepan dengan marah lelaki. Mengalah tak bererti kalah. Bertolak ansur mampu memberi ruang untuk lelaki berfikir dengan tenang dan mereka akan lebih menghargai kamu jika kamu menghargai mereka walau kadang kala amarah mereka melukakan hati kita, namun tiap kelemahan yang ada jadikan ia sebagai penguat dalam sesuatu perhubungan itu untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki…insyaAllah.

Wednesday, March 20, 2013

Guna Logik Akal

Pemuda : Anda siapa dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya?
2.Apakah yang dinamakan takdir?
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!

Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.

Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.

Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan...

Friday, March 8, 2013

Najib masih Perdana Menteri tidak dipilih rakyat


Najib masih Perdana Menteri tidak dipilih rakyat



Pilihanraya umum tidak juga sampai sedangkan waktu tamatnya penggal ke12 ini sudah hampir ke penghujungnya.. Isu pencerobohan di Lahat Datu dan Semporna mungkin dijadikan sebagai isu yang menghalang pilihanraya tidak diadakan sampai ke penghujung penggal. Kita tidak nampak kenapa pilihanraya masih tidak nampak bayangnya akan tiba.

Kalau ada pun bayangnya ialah dengan melihat BN melakukan serangan terhadap pimpinan pembangkang dengan tidak beretika dengan sumpah seranah yang dibawa oleh media perdana setiap malam. Najib yang bercakap besar itu tetap dan masih seorang Perdana Menteri yang tidak dipilih rakyat.

Dalam isu Lahat Datu dan Semporna ini apa yang perlu di lakukan ialah untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada pasukan keselamatan, samada Polis mahu pun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau pihak-pihak keselamatan yang lain. Kalaulah isu mempertahankan kawasan dan persempadanan kita di berikan pihak keselamatan untuk menyelesaikannya mengikut tata-cara yang sedia ada saya yakin isu ini telah selesai dengan lebih mudah lagi.

Jika masalah di Sabah itu berlarutan pasukan keselamatan tetap akan menjalankan tanggungjawab mereka terhadap negara walaupun siapa yang memerintah negara kita selepas pilihanraya nanti. Angkatan Tentera, Polis dan yang lain-lain itu adalah penjawat awam yang ‘professional’ dan tugasnya ialah untuk memberikan khidmat kepada ‘government of the day’ tidak kira Pakatan Rakyat atau BN yang memerintah.

Tetapi oleh kerana ada pertimbangan-pertimbangan politik dan mungkin pertimbangan kewangan maka ‘professionalism’ yang ada kepada pasukan keselamatan kita mungkin telah terganggu dan membawa ‘stand off’ itu berlarutan sehingga hampir tiga minggu lamanya. Apa yang di rundingkan oleh kerajaan dengan penceroboh itu Tuhan sahaja yang tahu. Bagi UMNO dan BN pilihanraya mesti di adakan secepat yang mungkin kerana yang patut berlalu itu biarkan ianya berlalu dan yang mendatang tetap kita laksanakan mengikut kehendak sebuah negara demokrasi yang sudah sepatutnya masuk ke zaman dewasanya.

Kita mesti faham yang kemerdekaan selama lebih dari lima dekad itu sudah sepatutnya melepasi tahap yang tinggi etika nya dan tidak seperti apa yang kita lihat pada hari ini. Hari ini demokrasi itu membolehkan sesiapa yang berkuasa melakukan apa yang mereka suka tanpa mengambil kira perasaan dan kemahuan rakyat. Jika benar yang rakyat mahukan perubahan pimpinan adalah berwajib bagi kerajaan memberikan apa yang dikehendaki oleh rakyat sekarang, iaitu kesempatan membuang undi bagi melepaskan manifestasi mereka melalui peti undi secara demokrasi sebenarnya.

UMNO mungkin mengalihkan pandangan rakyat buat sementara waktu dengan menggunakan isu Lahat Datu sebagai alasan untuk penangguhan pilihanraya itu. Penangguhan itu tidak memungkinkan UMNO boleh melekakan rakyat dengan isu itu kerana apabila sampai waktunya keputusannya tetap sama. Dalam situasi sekarang ini, semangat rakyat yang sedang dalam penantian untuk perubahan itu sudah tidak dapat di sorokkan lagi.

Isu Lahat Datu itu biarkan pasukan keselamatan kita mengendalikannya. Kita mesti ingat yang negara kita adalah satu-satunya negara yang telah berjaya memerangi peperangan gerila dan tidak di alami oleh negara lain termasuk Amerika Syarikat. Kuasa besar AS telah terpaksa mengundurkan tenteranya dari Vietnam kerana kekalahan dalam peperangan gerila itu di sana.

Sebaliknya Malaysia merupakan satu-satunya negara yang telah berjaya menumpaskan kumpulan gerila semasa zaman negara kita diancam oleh pengganas komunis yang menggunakan tektik peperangan gerila terhadap kerajaan kita dahulu. Bagi saya, kita tidak perlu merasa curiga dengan kemampuan pasukan keselamatan kita dalam menghadapi tektik gerila yang di lakukan oleh pengganas Sulu ini terhadap kita. Tetapi hanya satu persoalan yang menjadi tanda-tanya kita, iaitu kenapa di negara kita terutamanya ATM tidak ada lagi wujudnya pasukan yang mahir dalam peperangan gerila ini?

Berlakunya insiden di Sabah ini memungkinkan UMNO itu bertambah hilang keyakinan rakyat terhadapnya, tetapi waktu pilihanraya sampai ia mesti dilaksanakan. Kita tidak ada masa lagi untuk bermain-main dengan perasaan dan kehendak rakyat ini. Jika pilihanraya diadakan dua tahun dahulu seperti yang di war-warkan oleh pihak BN kejadian di Sabah ini tentunya berlaku jauh lebih lama selepas pilihanraya itu.

Tetapi dengan penangguhan ini UMNO tidak dapat memberikan alasan lain selain dari takut kepada kekalahan. UMNO menangguhkan pilihanraya ini untuk mencari jalan dapat membetulkan persepsi rakyat sementara penggal parlimen itu masih ada. Tetapi hasilnya sudah terbalik. Lebih lama ditangguhkan lebih besar masalah yang datang menimpa parti pemerintah kita.

UMNO mesti menerima hakikat kemungkinan parti menghadap kekalahan kali ini adalah besar tetapi ia tidak boleh mencari alasan yang munasabah lagi untuk menangguhkan pilihanraya ini.

Apa pun keputusannya UMNO perlu redha menerimanya. Jika sampai waktu berehat di petak pembangkang, berehatlah sampai rakyat kembali memberikan keyakinan terhadap mereka. Sementara itu biarlah rakyat memilih pihak yang lebih meyakinkan dahulu.

Rakyat sudah tidak sabar untuk keluar mengundi sekarang ini. Sekarang ini rakyat sudah memahami yang kuasa itu adalah kuasa mereka bukannya kuasa UMNO untuk memilih sesiapa, kerana UMNO itu sendiri adalah parti yang bersama-sama menawarkan diri untuk dipilih semula jika mereka (UMNO) masih laku di pandangan mata rakyat.

Kalau benar UMNO itu sudah kembali kuat seperti yang di katakan oleh Najib dan seluruh kepimpinan UMNO itu, tidak ada sebab penangguhan ini berlarutan tanpa penghujungnya. Bubarkan sahaja Parlimen dan semua Dewan Legislatif negeri-negeri, rakyat tahulah untuk memilih siapa untuk dimandatkan memerintah penggal ini.

Sunday, January 27, 2013

Ku relakan jiwa...












Helo tot… mana uda ko,cni kami CP dbawah restoran,datangla ko cni.. kami tgu ko cni… cepat…. 2la abg aku ckp ngn aku dlm call.. aku Location jawab aku tengah cari parking d carkpark.. g2la cetanya yg aku lalui seperti ari2 yg biasa pd hujung mgu … nda la jg aku sunyi bab ada abg ngn family dia bawa jalan2…. Lgpn duma tiada jg aku mau buat….
Aku p la cari drg…. Jumpa drg makan t,ari drestoran pa entah pa nama lupa uda aku…
Aku p ambil nasi la ngn lauk … n duduk… lepas beberapa suap nasi aku… mata aku terus terpandang..aiya…. hehe… aku terpandangan sorang gadis,yg entah tiba2 menarik minat utk aku terus tengok dia…. Mula2 dia nda perasan aku tengok2 dia… tp last dia perasan jg… aku mkn tu mmg nda fokus uda,bab fokus aku pd gadis tu… mmg comel.. manis… pa lg cantik… bila dia tersenyum mmg buat aku cair…senyumannya aku ble merungkai orangnya mmg lemah lembut. Aku ingat lg.. ada pin pink kt rambut dia .. mmg sweet la gadis ni dalam hati aku la… ada 1masa tu kami tertengok sama2.. agak lama jg smpi 1 tahap kami tersenyum sendiri  1 sama lain.. hahaha… mmg hati aku da rasa something ngn gadis ni…
Aku tnya abg aku dia ada pen ka… tiada tp nasib kakak ipar aku ada pen… mulala aku ambil tisu n tulis no fon aku n nama tu aku letak SHAH… nama tu bukan pa aku takut ja bila aku bg nti dia tp dia buang naaa free2 pl nti org call or gngu aku bab ada kt tisu tu kan ….. aku risau jg amcm aku mau bg no fon ni???? Uda la ramai org… aduh,,, mcm mn ah?? Aku lipat ja tisu tu…
Selesai la kami mkn tp nasi aku mmg nda habis asyik tgk gadis tu ja kan smpi kak pn tegur… tot yg lalu biarla lalu.. dia fikir aku masih kecewa lg pasal putus ngn xgf aku tu sedangkan gadis tu yg menarik minat aku utk mengenali dia…tp mmg aku masih kecewa jg ngn pa jadi aku ngn xgf aku tu..
Aku keluar la dr restoran tu.. mmg padat org time tu yala pa nda ari ahad lg… time lunch mmgla.. 2la jg risau aku mau bg tisu tu… uda beberapa langkah dr restoran tu aku masuk balik terus p tempat gadis tu n bg tisu tu… aku buat drestoran hanya aku ngn dia ja ada.. bukan pa aku nda peduli uda orang ramai tu ngn perasaan malu aku 2… aku pn nda thu pa aku ckp ngn dia time aku bg 2 tisu bab aku bg depan dia dekat ngn piring dia… tp aku tgk lngsung tiada respon just mcm terkejut ja ngn pa yg berlaku…. Aku pn nda thu uda pa kawan dia ten gok ngn aku tu… mmg terkejut drg tu…..  lepas tu aku pergi tp ngn harapan yg tinggi moga2 dia sms aku jg… mybe dlm 1jam lebih g2 aku tgu…
Last2 mmg ada sms masuk “salam,Awak ni kat kedai makan td” pergh punyala aku gembira tengok msg tu.. mau ja aku p jumpa dia tu.. tp sabar… xkn la terus g2… agak2la jg ba… org pun takut g2…hahaha… 
Barula bgthu nama aku sebenar ngn dia n jelaskan kenapa aku guna nama shah tu…. Tp aku pun baru tu jg nama dia guna ngn aku tu pun bukan nama dia sebenar…. Akhirnya perhubungan kami bermula…. Kisah aku dan dia… hehehe
Senyumnya buat aku tersenyum…. 2la yg buat aku rasa lain.. ada something yg aku rasa ada pada dia…
Perkenalan kami semakin ari semakin erat.. aku bukan pa slh satu benda paling sukar adalah mengenali sesorang tu.. bab kadang ia ambil masa panjang… tp 2 bukan diri  aku… yg aku thu aku usaha… utk mengenali nya… hati ikhlas aku ngn dia yg buat aku lebih serius utk mengenali dirinya….
Masa…… kejap atau lama perasaan ni akan datang ja tanpa kita minta atau mau…. Bila perasaan tu datang aku xle elak… sebab semakin kita elak semakin ia dekat dalam hati aku ni….. mungkin pada dia terlalu awal.. tp bg aku tu bukan persoalan…. Bab ada masa utk kita … masa tetap ada kita ja tentukan mau hargai atau tidak…
Aku bukan pa jg… lepas pa yg berlaku pada aku sebelum ni buat aku lebih kuat… walaupun 1tahap yg buat aku btl2 kecewa… aku sendiri cari ubatnya…. Tiada teman utk aku luahkan perasaan aku ni… hanya nukilan aku lepaskan…. Ini cete lari ckitla dr tajuk utama berita ari ni…hahahahah gurau2 ja ba…
Walaupun aku ngn dia uda berakhir skg uda masuk 3bulan… aku sentiasa doakan terbaik utk dia…. Kebahagiaannya… 2la jg … cinta aku tiada noktah tp dia sendiri buatkan noktah utk aku… Dia xhargai… dia ambl kesempatan ngn kasihsayang aku ngn dia…. Aku sakit aku nda kisah jnji dia happy tp pa yg aku dapat?? Dbiar tanpa kepastian yg buat aku btl2 terluka….. TP ingatla… hadirmu ngn aku merungkai nilai kasihsyg aku ngn ko…  walaupun niat suci aku utk dia tidak kesempatan atas perbuatannya ngn aku… aku xsalahkn dia… aku jadikan ni adala jalan yg telah tertulis dalam diari hidup aku…. Walaupun sakit tp aku nda mau sakit ni menutup kebahagiaan yg ada ddepan mata aku.. aku hargai kebahagiaan yg dtg ng aku…..
Cuma aku xsangka..2thn kami sama2 gni pulak kesudahan kami…
Okla… 2ja Cuma pa yg ada ddepan mata aku… mmg aku akan hargai sgt… kehadiran… pastinya senyum ku seperti dulu lg… ngn adanya dia skrng.. buat aku rasa bahagia tu pasti ada….
Thnx aku hargai kehadirannya dalam hidup aku ni…
Hubungan kami alhamdulilah semakin hari semakin erat… aku bukan takut utk berjanji tp aku akan berusaha utk jaga hubungan yg ada skrng ni…. Cuma berserah kepada yg maha ESA….
Mungkin semua ni ada hikmah,bila aku dapat tahu dia ingin kembali ngn aku…. Buat aku berfikir seketika adakah perlu lg ruang utk dia?aku tahu orang buat salah… tp salah yg dia buat utk aku terlalu dalam.. walaupun aku fikir aku lama uda ngn dia… Cuma kenapala selepas pa yg jadi baru dia sedar dan rasa kehilangan besar dlam hidup dia… aku bukan pa tp aku kena pandang depan.. terusterang aku pilih pa yg aku ada skrng… sebab aku perlu bersyukur ngn pa yg ada ngn aku ni… bukan apa yg berlaku ni akan aku jadikan aku lebih tahu dan faham utk aku jaga hubungan aku ngn dia… tentang dia xpatut persoalan tentang pa yg berlaku kerana semua tu klu dlihat mmg berpunca dr dia…
Pasal insan yg telah mengisi kekosongan hati aku ni… aku bukan pa dia tahu pa yg aku mau.. maksudnya dia faham aku… Walaupun kematangan hubungan kami masih awal tp aku tidak nafikan dia memahami aku…. Dia manja… aku suka… ketabahan dia jg buat aku kagum… aku faham kami mmg dalam proses mengenal diri masing2… ala mcm kamu jg ba.. klu bru start bercinta kan… tapi ingatla… bila kita mula mengenal seseorang dalam masa sama kita jg cuba mengenal lg siapa diri kita ini… Hadirnya dalam hidup aku buat aku rasa hidup aku teratur… dia pandai ambil hati… hormat orang tua… inila yg buat aku jatuhcinta ngn dia lg… sedangkan aku uda terjatuhati masa mula2 jumpa ngn dia….
Aku tahu…. Bukan mudah utk memulakan sesuatu hubungan tu tp 2la lumrah kehidupan yg aku kena faham…. Lagipun aku skrng lebih menghargai … hubungan yg aku bina akan aku jaga n hargai.. bg aku skrang bercinta bermatlamatkan kahwin… bila btl2 uda ready…hehehe….
Maaf jg.. buat teman yg aku kecewakan.. aku bukan pa… hati aku bukan senang mau suka orang… bab aku mau suka 2 lahir sendiri bukan paksaan… aku tiada niat,…. Aku anggap kamu semua kawan aku.. Cuma mungkin ada perkara yg disalahertikan hingga kamu salah faham tentang perasaan….. aku klu suka aku ckp suka tp klu tidak tidak.. kamu kena faham perasaan xperlu dpksa…. Mungkin kejujuran aku ngn kamu buat kamu kecewa aku minta maaf… hati ku kini telah terisi ngn kehadiran dia…
Aku doa diala jodoh ku…. Ya Allah kalau dia jodohku tetapkanlah hati dia dan aku utk menjaga hubungan kami hingga kami berkawin…
Meletakkan sesuatu harapan tinggi dalam perhubungan itu buat kita lebih berjaga2 utk menjaga hubungan itu…dan menghargai.. Cuma kadang2 harapan ble musnah… mmg sakit utk aku lalui… mcm mn ngn xgf aku yg aku letakkan harapan tinggi tp sebaliknya jadi.. aku kena redha…mgkn begitula jalan cerita kami… tp mmg perit aku telan sendiri…
Kenangan mmg xkan kita lupa tp kita belajar utk bina kenangan yg ble kita hargai pada masa akan datang.. Cuma kita kena beri ruang utk diri kita sendiri…
Bagi aku kenangan lalu bukan mudah utk dlupakan… tp utk insan yg aku sayang sekarang ni EzA berikan aku ruang bagi kebahagiaan dalam hidupmu  utk masa sekarang dan akan datang…
Terima Kasih kerana sudi terima aku seadanya…

aku mencintainya... 


Soal kerja pl gn rutin aku … still keja dan duit 2la aku…… alhmdulilah…. Skrng aku hidup ngn benda yg paling aku minat suka… iaitu TEKNOLOGI…. Ari2 teknologi…hahaha….
Ada 1masa time aku buat keja nda la aku bgthu dmana… lepas aku selesai  buat keja tu.. aku ceta2 ngn sorang ni… staf yg keja tmpt aku buat keja servis komputer… dia baik… aku panggil dia abg.. tp xsangka umur dia da 50an… ble aku pngl bapa uda tu….hahahahha… dia ada ckp ngn aku… muda2 ni smbung stdyla… sebelum ada terikat pa2… bukan pa kita ni manusia sentiasa mau perubahan jg kan… ckp dia ni aku terfikir… aku patut ka smbung stdy or mcm mn??? Aduh bingung btl la aku….. aku mau tp ada ja terfikir aku yg ble jd halangan pada aku… mcm mn tu ah??

Okla buat teman2 blog aku ni… say soryla mmg aku terjarang update blog aku bukan pa sibuk walaupun ari2 jg on9… on9 pn fesbuk ja…hahahhaa… ok  ada pa2 korang komen ja or pendapat ngn aku … mana thu korang mau aku ubah blog aku ni jd lebih extreme ka… yala g2 ja beberapa thun uda…hehe… ada kelapangan aku main jg script HTML ni… hahahha…
Ok take care… salam
Hadzri