HOME DOWNLOAD SERVISE CONTACT ABOUT ME SIGN IN BLOG

Tuesday, June 23, 2009

cete sedih....

Sumpahan Mariana.........

Kisah benar ini terjadi kepada seorang wanita cantik rupawan yang bernama Mariana (bukan nama sebenar) di mana beliau telah di sumpah menjadi seekor beruk. Tetapi apa yang telah berlaku kepada dirinya adalah badan manusia dan wajah seperti beruk.

Sebelum sumpahan itu, kehidupan Mariana adalah normal seperti gadis2 lain. Tetapi beliau telah melakukan 2 kesalahan dalam hidupnya iaitu yang pertama; beliau telah menolak jodoh pilihan ibunya iaitu berkahwin dengan Hanafi (anak Pak Imam Masjid di kampung tersebut). Hanafi pemuda baik dan juga warak (Ustaz kelas Fardhu Ain). Hanafi cintakan Mariana sejak di bangku sekolah lagi. Kesalahan kedua Mariana adalah lari dari rumah yang juga merupakan melanggar adat resam keluarga dan agama. Lama beliau menghilangkan diri rupa2nya beliau telah menyertai Pertandingan Ratu Cantik Peringkat International di New York City, ketika acara itu berlangsung beliau telah mendedahkan tubuh badan kepada seluruh dunia. Memang seksi maut.

Ibu Mariana dan adik2nya yang telah menonton rancangan itu melalui televisyen berasa amat terkejut sekali. Ibunya tidak dapat menerima hakikat dan sangat malu. Di situ juga ibunya telah mendapat serangan jantung dan meninggal dunia. Tetapi sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, dia telah berkata “aku tidak rela Mariana mendedahkan tubuhnya, lebih baik dia jadi seekor beruk daripada Menjadi Ratu cantik. Ibu harap Mariana pulang dan mengahwini Hanafi, lelaki yang betul2 mencintai dirinya†. Adik2 Mariana yang mendakap ibunya menangis teresak2 dan meminta ibunya mengucap, selepas menyebut Dua Kalimahsyahadah ibunya terus meninggal.

Dalam Pertandingan Ratu Cantik itu, Mariana telah memenangi tempat pertama. Alangkah gembira hatinya. Selepas mendapat jambangan bunga dan dimahkotakan, Prince of Bell Air pun naik ke pentas untuk memberi ciuman tahniah. Selepas itu, Prince melamar Mariana “would u marry me?†. Tanpa berfikir panjang Mariana terus bersetuju dan melonjak kegembiraan. Tetapi sebaik saja dia menjawab “Yes†tiba2 guruh yang kuat berdentum di langit. Sekelip mata sahaja wajah Mariana bertukar menjadi seperti beruk. Maka terbeliaklah biji mata Prince melihatnya dan terus pengsan di situ juga. Para peserta dari negara2 lain juga terkejut dan bertempiaran lari setelah melihat wajah Mariana. Apa lagi, wartawan2 dan kamera2 yang bertumpu ke wajahnya terus menyerbu ke arah Mariana untuk menyaksikan kejadian aneh itu. Para penonton yang lain juga amat terkejut. Ada juga yang berfikir adakah Mariana memakai topeng? Sebenarnya Mariana telah terkena sumpahan ibunya. Mariana terus lari dan bersembunyi di dalam tandas. Dia rasa hairan dan pelik. Mungkin ada sesuatu terjadi pada dirinya selepas dicium oleh Prince. Kemudian dia memandang ke arah cermin di dalam tandas tersebut. Alangkah terkejut beruknya dia bila melihat wajahnya seperti rupa beruk. Dia menangis semahu2nya.

Selepas kejadian itu, Mariana menyepikan diri. Dia pernah menghubungi adik2nya di kampung dan mendapat berita kematian ibunya pada hari Pertandingan Ratu Cantik itu. Mariana menangis dan meraung kerana menyesal. Tetapi rupa parasnya masih tak berubah, masih seperti beruk.

Adik2 Mariana telah memberitahunya bahawa arwah ibu mengharap Mariana pulang dan mengahwini Hanafi lelaki yang betul2 mencintai dirinya, kemudian barulah sumpahan itu akan berakhir. Selepas berkahwin nanti barulah wajah Mariana kembali cantik seperti asal. Hanafi sedia menerima Mariana walaupun terkena sumpahan. Dia ingin membantu Mariana merungkaikan kembali sumpahan tersebut.

Akhirnya Mariana pun akur dan mahu pulang ke kampung, tetapi malangnya beberapa hari sebelum berangkat, adik2nya telah menghubungi beliau dan menyampaikan berita buruk iaitu Hanafi telah meninggal dunia kerana telah terjatuh dalam bilik air ketika mengambil wuduk untuk solat subuh.

Sekali lagi Mariana merasakan dunianya gelap dan kesedihan yang tak terperi dalam hidupnya. Selepas pemergian Hanafi maka tiada lagi lelaki yang sudi menerima Mariana dalam keadaan dirinya seperti beruk itu.

Kini Mariana hidup bersendirian meniti hari2 berlalu. Namun begitu beliau masih menanti kehadiran jejaka yang betul2 ikhlas mencintai dirinya dan sudi mengambilnya sebagai isteri yang sah.

Di sini saya sertakan sekeping gambar Mariana. Kepada mana2 lelaki yang rasa simpati dan berkenan kepada Mariana, boleh la melamar beliau. Alamat dan nombor telefon tidak diberikan, tetapi Mariana sentiasa menunggu lelaki2 tampan di sebuah Pulau berhampiran anda. Jika anda (kaum lelaki) terjumpa Mariana ketika anda melancong ke sebuah Pulau yang sunyi, jangan lupa berikan dia sejambak bunga Ros Putih ketika melamar beliau kerana Mariana sangat sukakan bunga Ros Putih.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment