Pemuda : Anda siapa dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-
1.Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya?
2.Apakah yang dinamakan takdir?
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan...
Wednesday, March 20, 2013
Friday, March 8, 2013
Najib masih Perdana Menteri tidak dipilih rakyat
Najib masih Perdana
Menteri tidak dipilih rakyat
Pilihanraya umum tidak juga sampai sedangkan waktu tamatnya
penggal ke12 ini sudah hampir ke penghujungnya.. Isu pencerobohan di Lahat Datu
dan Semporna mungkin dijadikan sebagai isu yang menghalang pilihanraya tidak
diadakan sampai ke penghujung penggal. Kita tidak nampak kenapa pilihanraya
masih tidak nampak bayangnya akan tiba.
Kalau ada pun bayangnya ialah dengan melihat BN melakukan
serangan terhadap pimpinan pembangkang dengan tidak beretika dengan sumpah
seranah yang dibawa oleh media perdana setiap malam. Najib yang bercakap besar
itu tetap dan masih seorang Perdana Menteri yang tidak dipilih rakyat.
Dalam isu Lahat Datu dan Semporna ini apa yang perlu di lakukan
ialah untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada pasukan keselamatan, samada
Polis mahu pun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau pihak-pihak keselamatan
yang lain. Kalaulah isu mempertahankan kawasan dan persempadanan kita di
berikan pihak keselamatan untuk menyelesaikannya mengikut tata-cara yang sedia
ada saya yakin isu ini telah selesai dengan lebih mudah lagi.
Jika masalah di Sabah itu berlarutan pasukan keselamatan tetap
akan menjalankan tanggungjawab mereka terhadap negara walaupun siapa yang
memerintah negara kita selepas pilihanraya nanti. Angkatan Tentera, Polis dan
yang lain-lain itu adalah penjawat awam yang ‘professional’ dan tugasnya ialah
untuk memberikan khidmat kepada ‘government of the day’ tidak kira Pakatan
Rakyat atau BN yang memerintah.
Tetapi oleh kerana ada pertimbangan-pertimbangan politik dan
mungkin pertimbangan kewangan maka ‘professionalism’ yang ada kepada pasukan
keselamatan kita mungkin telah terganggu dan membawa ‘stand off’ itu berlarutan
sehingga hampir tiga minggu lamanya. Apa yang di rundingkan oleh kerajaan
dengan penceroboh itu Tuhan sahaja yang tahu. Bagi UMNO dan BN pilihanraya
mesti di adakan secepat yang mungkin kerana yang patut berlalu itu biarkan
ianya berlalu dan yang mendatang tetap kita laksanakan mengikut kehendak sebuah
negara demokrasi yang sudah sepatutnya masuk ke zaman dewasanya.
Kita mesti faham yang kemerdekaan selama lebih dari lima dekad
itu sudah sepatutnya melepasi tahap yang tinggi etika nya dan tidak seperti apa
yang kita lihat pada hari ini. Hari ini demokrasi itu membolehkan sesiapa yang
berkuasa melakukan apa yang mereka suka tanpa mengambil kira perasaan dan
kemahuan rakyat. Jika benar yang rakyat mahukan perubahan pimpinan adalah
berwajib bagi kerajaan memberikan apa yang dikehendaki oleh rakyat sekarang,
iaitu kesempatan membuang undi bagi melepaskan manifestasi mereka melalui peti
undi secara demokrasi sebenarnya.
UMNO mungkin mengalihkan pandangan rakyat buat sementara waktu
dengan menggunakan isu Lahat Datu sebagai alasan untuk penangguhan pilihanraya
itu. Penangguhan itu tidak memungkinkan UMNO boleh melekakan rakyat dengan isu
itu kerana apabila sampai waktunya keputusannya tetap sama. Dalam situasi
sekarang ini, semangat rakyat yang sedang dalam penantian untuk perubahan itu
sudah tidak dapat di sorokkan lagi.
Isu Lahat Datu itu biarkan pasukan keselamatan kita
mengendalikannya. Kita mesti ingat yang negara kita adalah satu-satunya negara
yang telah berjaya memerangi peperangan gerila dan tidak di alami oleh negara
lain termasuk Amerika Syarikat. Kuasa besar AS telah terpaksa mengundurkan
tenteranya dari Vietnam kerana kekalahan dalam peperangan gerila itu di sana.
Sebaliknya Malaysia merupakan satu-satunya negara yang telah
berjaya menumpaskan kumpulan gerila semasa zaman negara kita diancam oleh
pengganas komunis yang menggunakan tektik peperangan gerila terhadap kerajaan
kita dahulu. Bagi saya, kita tidak perlu merasa curiga dengan kemampuan pasukan
keselamatan kita dalam menghadapi tektik gerila yang di lakukan oleh pengganas
Sulu ini terhadap kita. Tetapi hanya satu persoalan yang menjadi tanda-tanya
kita, iaitu kenapa di negara kita terutamanya ATM tidak ada lagi wujudnya
pasukan yang mahir dalam peperangan gerila ini?
Berlakunya insiden di Sabah ini memungkinkan UMNO itu bertambah
hilang keyakinan rakyat terhadapnya, tetapi waktu pilihanraya sampai ia mesti
dilaksanakan. Kita tidak ada masa lagi untuk bermain-main dengan perasaan dan
kehendak rakyat ini. Jika pilihanraya diadakan dua tahun dahulu seperti yang di
war-warkan oleh pihak BN kejadian di Sabah ini tentunya berlaku jauh lebih lama
selepas pilihanraya itu.
Tetapi dengan penangguhan ini UMNO tidak dapat memberikan alasan
lain selain dari takut kepada kekalahan. UMNO menangguhkan pilihanraya ini
untuk mencari jalan dapat membetulkan persepsi rakyat sementara penggal
parlimen itu masih ada. Tetapi hasilnya sudah terbalik. Lebih lama ditangguhkan
lebih besar masalah yang datang menimpa parti pemerintah kita.
UMNO mesti menerima hakikat kemungkinan parti menghadap
kekalahan kali ini adalah besar tetapi ia tidak boleh mencari alasan yang
munasabah lagi untuk menangguhkan pilihanraya ini.
Apa pun keputusannya UMNO perlu redha menerimanya. Jika sampai
waktu berehat di petak pembangkang, berehatlah sampai rakyat kembali memberikan
keyakinan terhadap mereka. Sementara itu biarlah rakyat memilih pihak yang
lebih meyakinkan dahulu.
Rakyat sudah tidak sabar untuk keluar mengundi sekarang ini.
Sekarang ini rakyat sudah memahami yang kuasa itu adalah kuasa mereka bukannya
kuasa UMNO untuk memilih sesiapa, kerana UMNO itu sendiri adalah parti yang
bersama-sama menawarkan diri untuk dipilih semula jika mereka (UMNO) masih laku
di pandangan mata rakyat.
Kalau benar UMNO itu sudah kembali kuat seperti yang di katakan
oleh Najib dan seluruh kepimpinan UMNO itu, tidak ada sebab penangguhan ini
berlarutan tanpa penghujungnya. Bubarkan sahaja Parlimen dan semua Dewan
Legislatif negeri-negeri, rakyat tahulah untuk memilih siapa untuk dimandatkan
memerintah penggal ini.
Posted by
hadzri
Subscribe to:
Posts (Atom)